Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Gadis Seks Negro

Akibat gilakan harta, ,maruah diri tergadai. Akhirnya gadis bodoh ini menjadi hamba seks negro dan aksi seks beramai-ramai divideokan . Puncanya, kurang didikan agama dan pergaulan bebas tanpa batasan agama. KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah. Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan. Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta. Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam. “Sepanjang bercinta, semua perbelanjaan pengajian dan peribadi saya ditanggung James, malah dia turut memberikan wang tambang teksi untuk saya ke kuliah setiap hari. ~ sumber: Hmetro

Bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia



KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.
Rujukan pautan itu di sini
Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.
Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.
Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.
“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.
“Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata kenyataan media KEADILAN hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24487

OLEY: Hudud itu Milik Allah | Impian Anak Jalanan



Curi Gitar Haram.. Curi hati xpe.. ^.^


Klip Oley " Hudud Allah"


OST Oley: Impian Anak Jalanan - Kembara

Keliru: Kemerdekaan Malaysia?





KUALA LUMPUR, 10 Sept: Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.

Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.



Seperti biasa, laman sosial Facebook, Twitter dan blog antara yang digunakan rakyat negara ini membangkitkan kekeliruan itu.

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Bersih: Anwar Ibrahim not injured - told Police

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he suffered a bruise on his head and a cut leg today after police fired tear gas on protesters demanding poll reform ahead of general elections.

Looking frail but in high spirits, Anwar said doctors had asked him to rest in hospital after suffering a fall following a tear gas attack.

NONELying on his hospital bed, the former deputy prime minister and once heir apparent to ex-premier Mahathir Mohamad, had tubes placed into his nose and wore a neck brace.

Anwar, 62, said he would be kept in hospital overnight and was on pain killers.

“I am okay. I still feel nausea and dizziness,” he told AFP.

Recounting today's chaos that led him to fall and hit his head on a concrete pavement near a train station, Anwar said police fired tear gas from both side of a passageway.

“They shot directly (at us) ... I could hardly breathe and stand up at the time,” he said.

Anwar hailed the protest gathering as a success and condemned the police action.

NONE“I considere it a success despite the fact that they (police) were really brutal in their action,” he said.

Organisers said around 50,000 participated in the outlawed rally while police estimated the number to be 5,000.

Anwar was brought to a local private hospital in an ambulance along with his bodyguard who was also injured.

The injured bodyguard however had to undergo minor surgery after he was hit in the left eye by a tear gas canister.

AFP

Polis Selak Baju

Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap
Nazri Abdullah

BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.
Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.
Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.
Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.
Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.
Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.
Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.
Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.
"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.
Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.
Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.
Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.
Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.

~ harakah

8 Tuntutan BERSIH

8 tuntutan Bersih sangat munasabah
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 2 Julai: Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan lapan tuntutan Bersih adalah sangat munasabah kerana telah lama dilaksanakan di negara lain.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tuntutan itu merupakan kehendak rakyat yang inginkan suasana pilihan raya berada dalam bersih dan bebas.

Kerana ketiadaan lapan perkara itulah maka Bersih terpaksa menganjurkan himpunan 9 Julai ini.

Hasbullah mempersoalkan kenapa susah sangat untuk kerajaan BN laksanakan semua tuntutan kerana ia paling mudah dilakukan.

Kecualilah, ujarnya, pihak terbabit mempunyai agenda tersendiri yang menyebabkan mereka tidak berani dan gagal memahami kehendak rakyat yang ingin suasana bersih di dalam pilihan raya.

Himpunan Bersih yang digerakkan berbagai NGO akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai dalam usaha menyerahkan lapan tuntutan kepada Istana Negara.

Lapan tuntutan itu adalah Bersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Masa kempen minima 21 hari, Akses media yang bebas dan adil, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah dan Hentikan politik kotor.

Exco Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan perkara ini ketika menjawab soalan media dalam Majlis Ramah Mesra Pemuda PAS Selangor bersama Media dekat sini, petang semalam.

Menurutnya, pihak penganjur memberi jaminan tentang keselamatan dan peserta himpunan sama sekali tidak akan membawa sebarang jenis senjata.

Bagi mereka, ia adalah himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.

Dalam hal ini, Hasbullah menyatakan kekesalannya kerana pihak Kerajaan BN menghalang satu himpunan aman yang jelas dibenarkan oleh perlembagaan.

"Jika kerajaan tidak izinkan Bersih ini, kenapa pula perlembagaan dengan jelas membenarkannya?

"Halangan sebegini juga adalah antara sebab rakyat hendak berhimpun sangat pada 9 Julai ini.

"Apatah lagi bagi umat Islam, himpunan seumpama ini sangat digalakkan selagi mana ia diadakan dalam keadaan aman seperti ibadat haji di Makkah," tegasnya.

~ harakah

kredibiliti media tercalar: tv3, utusan media politik jahat kerajaan


kerakusan kuasa menjadikan insan hilang kewarasan. media seperti tv3, utusan dan pihak berkuasa yang sepatutnya menegakkan keadilan di gunakan untuk mencapai matlamat politik jahat yang memualkan. Akibatnya rakyat terus-terusan disogok dengan isu-isu maksiat yang memalukan umat melayu serta penganut agama Islam sendiri.Video seks Anwar terus di sogok kepada umum. Yang salah dilindungi dan media dimanupalasi bagi mencemar nama dan kredibiliti tokoh yang banyak mengbongkar kepincangan kerajaan 1Malaysia.

renung- renungkan dan fikirkan dengan akal yang waras.. Allah itu Maha Mengetahui dan kesudahan yang baik pastinya kepada mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

Wartawan Wanita Hingusan

Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan


SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh di Toronto, Kanada baru-baru ini.


TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.
Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.
Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.
Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi

Datuk T dilindungi kerajaan BN bawah Akta Perlindungan Saksi

Makin pening sistem perundangan Malaysia. Apa saksi yang perlu dalam kes video seks anwar ni?? kalau betul pun anwar, bukan salah dia video ni di rakam. Dan yang kerajaan lupa.. salah ke di sisi undang-undang orang melakukan seks. Chua Soi Lek pun ada buat, tak salah pun. pelik..pelik..pelik. 


Ikuti komen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Najib:


KUALA LUMPUR: Trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa membabitkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010 sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, akta itu boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini kerana belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lalu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.- Bernama

Ceramah: Anwar Ibrahim pesan rakyat jangan jadi bodoh

Ikuti ceramah bertenaga dari Dato Seri Anwar Ibrahim dan saksikan bagaimana polis dipaksa oleh kerajaan umno-bn untuk mensabotaj dan menghura-harakan gerakan rakyat dalam mencari kebenaran dan hak.





related: ceramah anwar diganggu polis BN

Polis Diheret Sekat Pendedahan Anwar

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.
Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa  berunding dengan polis Ampang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang  turut muncul hingga menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.


Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman. Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.
Kempen itu  dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

sumber: KeadilanDaily.com

Ganjaran fitnah seks Anwar



Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.
Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.
Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab
Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.
Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.
Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Datuk Mokhtar Sidin, Datuk Denis Ong and Dato’ Abdul Kadir Sulaiman.
Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Pegawai penyiasat, (Tan Sri) Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.
SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.
Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.
Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?
Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.
Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.
Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.
Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011



sumber: Keadilan

video & gambar gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan

Ehsan Kosmo: Cubaan gadis terjun bunuh diri
Video dan gambar buat pengajaran teman-teman di alam maya.
Bila fikiran bercelaru, kewarasan hilang mengatasi akal.
Sayangi diri anda, jauhi segala maksiat dan kejahatan
Sesungguhnya maksiat itu membawa permasalahan yang nyata pada manusia.
Beringat sebelum kena. Redha pada ketentuan-Nya.
Pada gadis terbabit.. moga kembali ke pangkal keinsafan.
Dunia ini hanya sementara.. akhirat jua pengakhiran abadi.

(gadis ini selamat..cuma cedera ringan)



related: Gadis Kelantan Cuba Bunuh diri, Terjun dari Tingkat 3 KB Mall.

Video LAwak 18sx: Kami Penyamun

Lagu-lagu P Ramlee memang sentiasa relevan dengan perjuangan, itulah yang dijadikan ilham oleh aktivis internet Malaysia untuk menyampaikan mesej.
Terbaru, lagu ‘Kami Penyamun’ yang dipetik dari filem Nujum Pak Belalang dijadikan suara latar untuk sebuah klip video yang menggambarkan keadaan semasa politik Malaysia hari ini. Layan... Zzaass




Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=1432

Umno Dan Dalang Video Seks Anwar Ibrahim

Rasanya semua dah tahu siapa dato T.. trio disebalik pededahan video seks Dato Seri Anwar Ibrahim.
ikuti perdedahan Dato Johari Abdul mengenai video terbabit..




sumber: malaysiakini.tv, anwaribrahimblog.com

Menyesal ku akui tak terima cintamu

Makin dengar, makin best lak lagu ni.. menyentuh hati.. menyesal di buatnya!!
sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian... sob..sob..sob :(
jom layan OST Lestary TV3: Asmara... zasss



Download MP3 Menyesal - Sixth Sense


Lirik Menyesal - Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Fitnah: Video Seks Anwar Ibrahim bersama Pelacur

Lelaki Dalam Video Seks Fitnah Bukan Saya - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.
Anwar  berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.
“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas  bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.
Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.
Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.
Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.
“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.
Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.
“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikia, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.
Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata: “Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan.”

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9471

related: Video fitnah paling jahat sedang ditunjuk kepada editor2 media Umno

US dan sekutu Serang Libya


TRIPOLI: Barat melancarkan fasa pertama serangan  ke atas pertahanan Libya apabila 112 peluru berpandu tomahawk dilepas ke atas lebih 20 sasaran.
Serangan itu dilakukan oleh kapal perang Amerika dan British, bertujuan membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu untuk melumpuhkan pertahanan udara negara itu.
Ketika mengumumkan serangan tersebut, Presiden Barrack Obama berkata, langkah itu diambil bagi menyelamatkan nyawa orang awam meskipun beliau keberatan mengunakan kuasa ketenteraan, lapor AP.
“Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka,” katanya dilapor dari Brasilia.
Para pegawai Amerika memberitahu masih terlalu awal untuk menilai kesan serangan itu, tetapi yakin berlaku kemusnahan teruk ke atas pertahanan Libya.
Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan serangan itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai ‘Operation Odyssey Dawn’.
Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Presiden Muammar Gaddafi di Tripoli, mencetuskan kemarahan diktator tersebut.
Wartawan itu melaporkan mediterranean kini telah menjadi seperti ‘medan perang’.
Sementara itu, stesen televisyen tempatan pula melaporkan seramai 48 maut manakala 150 lagi cedera dalam serangan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9362

Panas: Gambar Aksi Manja Skandal Ketua Pemuda Umno Bahagian Dengan Kekasih?

Ehsan Google: Ketua Pemuda Umno Bahagian dgn kekasih


GOMBAK: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mencabar Pemuda Umno memberi penjelasan atau penafian berhubung penyebaran gambar Ketua Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor bersama ‘kekasih gelap’ di beberapa blog dan laman sosial.
Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, individu yang tertera gambarnya itu harus tampil membersihkan nama dengan membuat penafian segera.
“Kalau benar ini gambar beliau, sebagai ahli dan pemimpin Umno peringkat bahagian yang kononnya memperjuang Melayu dan Islam, harap beliau meletak jawatan.
“Tolong jawab segera, rakyat perlukan penjelasan,” kata Azmizam dalam facebook beliau.

Kes Liwat Anwar: Satu Konspirasi Jahat?

SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui  Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

sumber: harakah

Kerajaan biarkan wanita diraba, dirogol, dibunuh atau dibom?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menuntut kerajaan untuk melaksanakan dasar dan menggubal akta-akta yang lebih bersifat sensitif dan adil gender kepada kaum wanita.
Berucap pada perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Zuraida berkata banyak peristiwa dan tragedi yang menjadikan kaum wanita sebagai mangsa termasuk di kalangan lelaki yang berpangkat dan berkedudukan.
“Pelaksanaan undang-undang ini perlu untuk menjamin hak wanita. Kita tidak mahu ada kes penganiayaan dan penghinaan terhadap wanita.
“Kita tidak mahu pelayan wanita diraba, kita tidak mahu ada pembantu rumah yang dirogol dan kita tidak mahu ada kes pembunuhan terhadap wanita menggunakan bahan letupan C4,” kata Zuraida yang kemudian diganggu beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Zuraida memaklumkan Dewan Rakyat dengan merujuk kepada rekod polis bahawa terdapat 9,816 kes keganasan terhadap wanita yang belum diselesaikan sehingga September 2010.
“Sehingga hari ini, Akta Gangguan Seksual belum diluluskan. Kita mahu kerajaan untuk melaksanakan pindaan dan menggubal akta-akta baru yang melindungi kaum wanita dari diskriminasi.
“Begitu juga dengan takrif pencabulan seksual terhadap wanita masih tidak dispesifikasi,” katanya.
Zuraida berkata, beberapa undang-undang yang melibatkan wanita secara langsung, perlu dilaksanakan tanpa wujud pertindihan kepentingan dan berlaku adil terhadap kaum wanita.
Beliau merujuk kepada Akta Keganasan Rumah Tangga (1998), Undang-undang Keluarga Islam (2005) dan Akta Anti Pemerdagangan Orang (2007).
Zuraida juga menuntut kerajaan menggazetkan 8 Mac sebagai cuti umum sempena Hari Wanita.
“Komposisi wanita di negara ini melebihi 50 peratus. Justeru, posisi wanita wajar diberi keutamaan. Beberapa negara seperti China, Rusia dan Bulgaria meraikan Hari Wanita sebagai cuti umum.
“Malaysia juga perlu menuruti langkah ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9193

relatedrogol amah: wanita ini dirogol atau merogol - zuraida

Komen Rosmah Mansor : Tsunami dan Gempa Bumi di Jepun

Gempa bumi dengan skala 8.9 yang melanda Jepun telah mencetuskan kejadian tsunami dan ombak besar yang dilaporkan setinggi 10 meter. Kemusnahan akibat dari tsunami ini masih belum dapat digambarkan ekoran kemungkinan kemusnahan yang lagi besar akibat kebocoran loji nuklear yang boleh mengakibat tragedi yang lagi dahsyat kepada Jepun dan dunia.  Kejadian gempa bumi adalah fitrah alam yang memamg tak dapat di elak dengan kemajuan teknologi.
Ikuti komen dari Wanita Pertama Malaysia (First Lady of Malaysia) Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.. :D

Jejaki Peminjam Dengan Facebook

Kepada peminjam-pemimjam tabung pendidikan, anda dinasihat membayar hutang-hutang anda pada tabung pendidikan berkaitan. Kepada yang liat untuk membayar sila berwaspada, kerana agensi-agensi berkaitan kini sedang mengesan anda terutama melalaui laman sosial facebook. Jangan terkejut jika pada 'wall posting' facebook anda tertera " sila jelaskan pinjaman pendidikan anda"..^.^

KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.
Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.
“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.
“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.
~ kosmo

rakam aksi cikgu

kebaikan dari kecanggihan teknologi komunikasi.. aksi cikgu dan anak murid dan handphone

ada berani???

lawak kaki sontot

berhati-hati, anda mungkin mangsa kaki sontot seterusnya..

gambar lawak
lawak lawak... hahaha

keindahan pantai

Keindahan pantai yang sememangnya menenangkan minda...


pantai puteri santubong
Pantai Puteri, Kampung Santubong

pasir pantai memutih
Pasir yang memutih..

ombak
deruan ombak menghempas pantai 

~ Vivaz

Siapa Pelakon Lelaki Yang Ditangkap Khalwat Di Bukit Antarabangsa

Pelakon lelaki popular ditangkap JAIS

HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.
Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.
Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.
"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam.

Fazura tetap manja dan seksi

Pose manja Fazura bersama rangkaian mandian Lux

Artis seksi, Fazura sememang sentiasa tampil dengan gaya yang manja dan menawan. Terbaru Fazura dipilih sebagai duta sabun mandian Lux sesuai dengan gaya dan tarikan tersindiri pelakon tersebut.

Pengenalan rangkaian mandian tersebut bertujuan untuk memberi pilihan terbaik bagi pelanggannya untuk memanjakan diri ketika membersihkan badan dengan haruman yang lebih unik.
Menurut Lux, rangkaian produk baru Lux itu dikenali sebagai Eliksir Haruman Eksklusif itu bersesuaian untuk wanita yang inginkan kelainan daripada segi haruman dan belaiannya.

Flora Cheung The Naked Chef

WTF.. apakejadahnya kelas memasak memerlukan guru memasak berbogel? Pelik bin tak masuk dek akal. Alasannya dengan cara meletakkan chef wanita bogel (naked chef) maka dengan ini diharap dapat menarik minat kaum lelak untuk belajar memasak. bogel sambil masak-masak. ishhh3. Penerbitnya berkata, jika mendapat sambutan sebagaimana siaran berita oleh penyampai bogel, siaran The Naked Chef akan terus di terbitkan memandangkan terdapat resipi masakan dari seluruh dunia untuk diajar oleh the naked chef. Untuk terbitan pertama, Flora Cheung telah dipilih sebagai The Naked Chef yang akan mengajar cara-cara memasak yang betul kepada penontonnya.

Flora Cheung.. the naked chef

tukang masak bogel.. pelajar pun kena bogel. hehe
Chan Long .. naked. penyampai berita bogel

zina dan seks di talian !

rakan seks

Sekadar renungan bersama buat teman-teman di talian. Terkadang hubungan di talian maya atau di web-web sosial boleh menjeremuskan kita ke alam maksiat. Malah jika direnungi penyalah-gunaan web sosial seperti facebook, tagged, messenger dan sebagainya memang membimbangkan. Seks ditalian, aksi ghairah menggunakan kecanggihan teknologi masakini memang merosakkan akhlak remaja dan juga orang dewasa masakini.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.." 

Torres tinggalkan Liverpool, Join Chelsea

torres
Torres move to better  Chelsea?

Selamat tinggal Liverpool..

Sah yang Torres kini menyertai Chelsea. Terkini penyerang antarabangsa sepanyol, Fernando Torres di sah kan hak milik Chelsea dengan rekod perpindahan yang dianggarkan UK50 Million. Chelsea juga menguatkan skuad mereka dengan membawa masuk pertahanan Benfica, David Luis dengan yuran perpindahan dianggarkan UK21.3M. Luis adalah Potugal's Player Of The Year 2010.

~ Speaking at Stamford Bridge after finalising the move, Torres, who was also pictured with a Chelsea shirt, said: "I am very happy with my transfer to Chelsea and I am looking forward very much to helping my new team-mates this season and for many years to come. Having played against Chelsea many times since coming to England, and in some very big games I will never forget, I know there are many great players here and I will work hard to win a place in the team. I hope I can score some important goals for the supporters to enjoy this season." - soccernet

Fasha Bikini di Mainkan Jejai?

Aksi Fasha Berbikini
Lakonan: Aksi Fasha Berkemban

“Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya."
“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,”  Komen fasha tentang perpisahannya dengan Jejai.
Kisah terbaru hot fasha yang yang penuh aksi kontroversi yang baru sahaja dihangatkan dengan aksi berbikini. Kalau dulu fasha dikatakan yang mainkan peranan hingga menyebabkan penceraian Jejai dengan Nora. Kini Nora Danish pula yang dikatakan menjadi punca Jejai mainkan Fasha. Siapa yang main siapa atau pun Jejai ni dah boring dengan aksi-aksi panas fasha. Dunia artis memang panas.

akhirnya...


Pengalaman akhirnya mendewasakan kita..  :D

idea dari: Safiyyah

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2011

lee chon wei
Lee Chong Wei: Juara Terbuka  Malaysia 2011
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei, Malaysia Boleh:

Perseorangan badminton No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai kejohanan Terbuka Proton Malaysia Siri Super 2011 buat kali ketujuh selepas memenangi perlawanan menentang pemain Indonesia, Taufik Hidayat.
Chong Wei berjaya menundukkan Taufik 21-8, 21-17 dalam tempoh 36 minit di Stadium Putra, Bukit Jalil untuk merangkul hadiah kemenangan AS$30,000 (RM91,800) yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
- Utusan

Mengapa Susah Aku Nak Melupakanmu



Mengapa aku tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu.. 2x
Bukannya aku tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu.. 2x
Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu
Untuk esok biarlah ia berlalu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya
Jadilah aku pengingat yang setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di taman belantara

lirik Aku Hanya Serangga - {BPR} Bumiputra Rockers
Download Aku Hanya Serangga - BPR

gambar aksi ghairah lisa surihani cium mulut

aksi manja lisa surihani dan adik mia sara
Kenangan.. aksi manja lisa surihani bercium mulut dengan adik mia sara. tapi kan kalau manja pun, nape tak cium kat pipi jer.. nasib tak cium mulut farid kamil. Apa pun mungkin sikap manja dan penyayang lisa ni di salah tafsir pulak oleh orang luar... ermm.

Soal Jodoh | Memilih Pasangan

ayu raudah
Jodoh: Ayu Raudan dan Zaquan

Persoalan:
SAYA wanita berumur 35 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berasa cukup tertekan memikirkan keadaan ini kerana sampai bila saya akan terus membujang.
Masih ada harapankah bagi wanita seperti saya ini untuk merasai kehidupan berumah tangga seperti insan lain?

Jawapan:

PERKAHWINAN sebenarnya satu tanggungjawab yang besar. Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredaan Allah dan bukannya mengikut perasaan atau kebiasaan saja yang mana ada yang berkahwin kemudian bercerai.

Anda dinasihatkan supaya tidak berputus asa walaupun belum mendapat jodoh. Setiap orang sebenarnya mempunyai jodohnya cuma masanya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik. Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mempraktikkan akhlak yang mulia.

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: harta, nasab, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan rugi (apabila tidak memilihnya).” (Hadis riwayat Bukhari).

sumber: Hmetro

Layan: Kerana Cinta - Medicine (with lirik)

irma dan nabil
kerana cinta, Irma rela dipeluk Nabil..





Lirik Kerana Cinta - Medicine

Bukan ku bermain cinta
Dan bukan ku berpura
Akhirnya kita terpisah jua
Suratan yang melanda

Bulan bintang matahari
Dan api cinta ini
Tetap bersinar dan bercahaya
Panas cinta membara

Cintaku kepadamu semanis madu
Bersinar dihatiku adalah rindu
Andai terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku

Kerana cinta aku tersiksa
Kerana cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada...


Layan: Jaga Selalu Hatimu - Seventeen (with lirik)



Lirik: Jaga Selalu Hatimu - Seventeen

Kau jaga selalu hatimu
Saat jauh dariku tunggu aku kembali
Mencintaimu aku tenang
Memilikimu aku ada
Di setiap engkau membuka mata

Merindukanmu selalu ku rasakan
Selalu memelukmu penuh cinta
Itu yang selalu aku inginkan

Kau mampu membuatku tersenyum
Dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

Reff:
Kau jaga selalu hatimu
Saat jauh dariku tunggu aku kembali
Ku mencintaimu selalu
Menyayangimu sampai akhir menutup mata

Kau mampu membuatku tersenyum
Dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

Back to Reff: 2x

Kau.. kau jaga selalu hatimu

Download lagu: Jaga Selalu Hatimu

Video: Jaga Selalu Hatimu - Seventeen

Layan: Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense (video & lirik)


6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

(Chorus)

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

***  ku ada kamu? ***

Wanita Diculik, Dirompak, Dirogol serta Diliwat

rogol liwat wanita
ehsan google image
Pasti semua dan terbaca berita dalam akbar hari ini. Seorang wanita berusia 27 tahun di culik di hadapan apartmentnya pada jam 1 pagi!!

Pada yang pernah tinggal di kawasan Kondominium di Pandan pasti tahu bahaya yang menanti pada masa tersebut. Lebih - lebih lagi wanita atau gadis yang berseorangan pada awal pagi.

Dalam kejadian tersebut, wanita terbabit di pukul dan di ugut sebelum di rompak. Wanita malang itu kemudian dibawa ke tempat sunyi dan dirogol serta di liwat oleh penyenayah terbabit.

Waspada dengan keaadan persekitaran anda. Malang tak berbau. Moga menjadi peringatan pada kita semua agar berhati-hati dan kalau perlu pulang lewat malam, pastikan kita berteman.

Lu'Lu akan di filemkan?

My lovely (^.^) Yana sedang menjalankan undian untuk kisah Lu'Lu di filemkan. Harap mendapat sokongan dari kawan - kawan serta peminat Yana.

Undian dapat dibuat di sini: Siapa mahu Lu'Lu difilemkan?

Yana Lu'lu

yana comel
Lu'Lu yang comel..

Bunkface - Extravaganza Dalam Final AJL25



Persembahan hebat Bunkface dalam Final Juara Lagu AJL25 dengan lagu Exravaganza.

>>> memang terbaik wooo oo wooo!!!

Layan: Vokal Terbaik AJL25 - Hafiz - Nokhtah Cinta



Vokal Terbaik Juara Lagu AJL25 - Hafiz af7 - Nokhtah Cinta


Lirik Nokhtah Cinta - Hafiz af7


Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya


Keputusan: Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 25



Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL25 2010


Lagu Terbaik :
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Lagu & Lirik Ana Raffali )

Naib Juara Ajl Ke 25
Drama King (Meet Uncle Hussain ft Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga:
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Vokal Terbaik:
Noktah Cinta - Hafiz

Persembahan Terbaik:
Hanyut - Faizal Tahir

Pilihan: Lagu Finalis AJL25 - Ku Ada Kamu - Adira

Untuk Senarai Penuh Finalis AJL25  klik : senarai lagu finalis ajl25



LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8


Senarai Lagu Dalam Final Anugerah Juara Lagu AJL 25, 9 Januari 2011

Tema AJL25: Music Mapping - Pemetaan Muzik

Pasti semua berdebar menanti final Anugerah Juara Lagu AJL-25 yang akan berlansung di Stadium Bukit Jalil dan di bawakan lansung oleh TV3 pada jam 9malam nanti.

Dengan bertemakan "pemetaan muzik", jubli perak AJL malam nanti pasti menjanjikan permentasan dan persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 2010/2011.

Berikut adalah susunan para artis yang akan membuat persembahan dalam malam gemilang AJL25 nanti:

1. Yuna - Cinta Sempurna
adira
Adira - Ku Ada Kamu
2. Tomok - Berlari
3. A.P.I - Pelita
4. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
5. Meet Uncle Hussain ft Black - Drama King
6. Hafiz - Nokhtah Cinta
7. Ana Raffali - Tolog Ingatkan Daku
8. Faizal Tahir - Selamat Malam
9. Adira - Ku Ada Kamu
10. Bunkface - Exravaganza
11. Black - Sofea Jane
12. Faizal Tahir - Hanyut
13. Stacy - Jahat
14. Hujan - Mencari Konklusi

Lagu manakah yang akan membawa pulang RM35,000 dan trofi untuk juara lagu AJL 2010? Siapa pula pemenang bagi vokal terbaik,  persembahan terbaik yang masing-masing akan membawa pulang RM10,000 dan trofi. Semuanya akan terjawab malam nanti.

Bagi yang tak ke Stadium Bukit Jalil, saksikan Anugerah Juara Lagu lansung di TV3 jam 9.00mlm ini. AJL25 juga boleh di dengar melalui radio HOTfm atau di tonton menerusi online streaming  Online-ajl25-tv3

e-referrer ~ external link