Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , , » Soal Jodoh | Memilih Pasangan

Soal Jodoh | Memilih Pasangan

ayu raudah
Jodoh: Ayu Raudan dan Zaquan

Persoalan:
SAYA wanita berumur 35 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berasa cukup tertekan memikirkan keadaan ini kerana sampai bila saya akan terus membujang.
Masih ada harapankah bagi wanita seperti saya ini untuk merasai kehidupan berumah tangga seperti insan lain?

Jawapan:

PERKAHWINAN sebenarnya satu tanggungjawab yang besar. Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredaan Allah dan bukannya mengikut perasaan atau kebiasaan saja yang mana ada yang berkahwin kemudian bercerai.

Anda dinasihatkan supaya tidak berputus asa walaupun belum mendapat jodoh. Setiap orang sebenarnya mempunyai jodohnya cuma masanya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik. Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mempraktikkan akhlak yang mulia.

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: harta, nasab, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan rugi (apabila tidak memilihnya).” (Hadis riwayat Bukhari).

sumber: Hmetro

4 comments:

Unknown said...

kalau ada jodoh pasti tak kemana =)

cimöt said...

semuanya di tangan Tuhan..at the same time kena usaha juga..

khas tuk anda semua: SANTAPAN PAGI
dan CABARAN HARI AHAD

Urology Surgery in India said...

Thank you, that was just an awesome post!!!.....

Health Yatra said...

Thank you, that was just an awesome post!!!

e-referrer ~ external link