BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

Lynn's First Lucky Draw



Salam semua rakan2 blogger... :D

Akhirnya tercapai jugak niat saya nak join lucky draw ni. hehe
kepada yg berminat leh la join (klik jer banner comel atas)
hadiah lumayan menanti sapa2 yg lucky.
good luck and thanks t0 Lynn.

facebook account disabled

facebook account disable

Help... anyone can help me?
what made my facebook account being disable.. i am doing nothing wrong?
can my facebook account be restored..?

Facebook FAQ;

Why was my personal Facebook account disabled?

Facebook accounts that have been reported or detected for policy
violations may be disabled by Facebook. Possible reasons include, but
are not restricted to:
  • Continued prohibited behavior after receiving a warning or multiple warnings from Facebook
  • Unsolicited contact with others for the purpose of harassment, advertising, promoting, dating, or other inappropriate conduct
  • Use of a fake name
  • Impersonation of a person or entity, or other misrepresentation of identity
  • Posted content that violates Facebook’s Statement of Rights and
    Responsibilities (this includes any obscene, pornographic, or sexually
    explicit photos, as well as any photos that depict graphic violence. We
    also remove content, photo or written, that threatens, intimidates,
    harasses, or brings unwanted attention or embarrassment to an individual
    or group of people)
~ dengki betul... sapa la yang meng sabotaj kn facebook gua ni.. :(

Manchester United Rescued

Jussi Jaaskelainen can only watch as Michael Owen scores - PA photos

Michael Owen rescued a point for Manchester United after Sir Alex Ferguson's men twice had to come from behind against Bolton at the Reebok Stadium.
Owen nodded home Nani's free-kick 16 minutes from time to ensure United did not join the other victims on a weekend of shock defeats.
Yet it was hardly a pleasing outcome for Ferguson, who would have hoped for better once Nani levelled Zat Knight's early effort but instead saw his team fall behind again thanks to Martin Petrov.
As United have now conceded nine goals in five league games and trail leaders Chelsea by three points, it was not the best of weekends for them, nor an out-of-sorts Wayne Rooney, who was replaced by Federico Macheda half an hour from the end.
Saturday's results could not have worked out any better for United and the intent behind their attacking play was obvious from the first kick, but defensively they remain unconvincing.

Full EPL Sunday September 26, 2010 game result:

Bolton Wanderers 2 - 2 Manchester United
Wolverhampton Wanderers 1 - 2 Aston Villa
Newcastle United 1 - 2 Stoke City
.



jiwa syahdu.. merindu




jiwa syahdu...
merindu pada belaian mu
merindu pada hadir mu
merindu pada manjanya belaian mu


tapi masih kah semua itu untuk ku
kerna kasih mu semakin menjauhi ku
rindu dan manja mu bukan lagi untuk ku
bukan lagi untuk ku... ÒÓ

Kemalangan Shahir AF8

Shahir AF8 terselamat, kereta baru beli remuk


kereta Nissan Fairlady milik Shahir af8 selepas terlibat dalam kemalangan Isnin lalu.


KUALA LUMPUR - Juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 22, tidak akan dapat melupakan bagaimana kereta berkuasa tinggi, Nissan Fairlady yang baru sebulan dibeli berpusing sebelum merempuh besi penghadang Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungkai, Perak pada Isnin lalu.

Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang ketika Shahir af8 memandu dalam keadaan hujan lebat sambil ditemani seorang rakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari rumah keluarga di Kampar, Perak.


~ Shahir af8 tengah sms kat Rozita Che Wan kot... tu yang kereta boleh terbabas. :D

gambar buah... pelik

sangkar manusia burung ...besar!!! 

pelik jer... buah apa ni???


buah pelik... buah apa ya???


siapa yg tahu... buah apakah yang pelik ni?

Lokasi... Taman Rekreasi Pending, Kuching, Sarawak
Camera... SE Vivaz

I'DA World Sumbang RM4 billion untuk kerajaan Pas Kelantan

KOTA BHARU, 22 Sept: Berita PAS Kelantan diberi replika cek bernilai RM4 bilion ternyata berjaya mengejutkan banyak pihak, namun anehnya Perhubungan PAS negeri tidak tahu menahu mengenai sumbangan tersebut.

Gimik syarikat I’DA World Group di sebuah hotel lima bintang, baru-baru ini dengan menulis replika cek bernilai RM4 bilion disumbang kepada PAS kini sudah bertukar menjadi isu politik.

Namun, bagi Umno gimik yang tidak berjijak di alam nyata sudah dianggap isu besar sehingga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Maka banyak pihak yang berpangkal dari gubuk Umno waima Pemuda, Puteri dan NGO yang lahir dari sayap Umno bertempik sorak menuduh PAS dan kerajaan Kelantan terpalit dengan rasuah.

Mereka ’persyaitan’ akal waras. Kemunasabahan atau lojik replika cek RM4 bilion tidak perlu diheret begitu jauh kerana dari awal lagi disifatkan tidak lebih sebagai satu jenaka.

Lebih-lebih lagi penjelasan kerajaan negeri syarikat terbabit belum pun menghantar sebarang proposal projek yang mahu dibangunkan.

Kata orang tua, ikan masih di laut. Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pusat Pelaburan Negeri difahamkan belum menerima apa-apa kertas cadangan projek dimaksudkan syarikat terbabit.

Anehnya tiba-tiba syarikat itu mendakwa mendapat projek bernilai sehingga RM330 bilion di Tumpat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, ia tidak lebih sebagai satu jenaka.

Malah katanya, PAS Kelantan tidak pernah dimaklumkan mengenainya biar pun cek itu dikatakan diserah pada satu majlis makan malam anjuran I’DA World Group.

”Badan Perhubungan PAS tidak dijemput hadir pada majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan.

”Ini tidak lebih sebagai satu jenaka kerana kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang kertas cadangan projek daripada I’DA World Group.

”Perhubungan PAS Kelantan menafikan ada hubungan dengan syarikat berkenaan. Malah kita pun tidak kenal siapa pemilik syarikat itu,” katanya di sini.

Manakala pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd juga menjelaskan kehadirannya di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar atau PAS Kelantan seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadirannya di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil pihak urusetia penganjur untuk menerima replika cek terbabit,” katanya, semalam.

Beberapa akhbar Selasa lalu menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Abdul Rahim dilaporkan berkata, sumbangan kepada PAS Kelantan untuk membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Bagaimanapun malangnya berita bersifat jenaka itu sudah menjadi modal besar bagi Umno bagi menghodohkan wajah PAS dan kerajaan Kelantan.

Mereka tidak perlu berfikir panjang, sekadar menggunakan ’otak di kaki lima’ lalu menembak peluru kapur yang akhirnya terpelanting di kaki mereka sendiri.

Ramai pemimpin Umno mahu menjadi jaguh dengan mengulas isu yang berkisar kepada epik dan jenaka termasuk Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian.

Samalah seperti dakwaan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican tanpa usul perika mendakwa wang sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas hasil dari duit judi.

Maka tidak hairanlah golongan profesional dan ahli akademik ketawa dengan watak kampung yang masih lagi membelenggu pemikiran pemimpin Umno.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof berkata, pejabat Menteri Besar sebelum ini ada menerima kad jemputan hadir ke majlis anjuran syarikat I’DA World Group.

Bagaimanapun katanya, kad jemputan tersebut hanya tertera logo syarikat dan tidak ada ada nama penghantar serta tiada nombor telefon rujukan untuk dihubungi.

”Kad tersebut tidak dapat disahkan kerana tidak ada nama pengirim dan nombor telefon. Ini menyebabkan Menteri Besar tidak dapat menghadiri jemputan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya syarikat berkenaan belum diluluskan sebarang projek pembangunan di Kelantan biar pun pengerusinya mendakwa mendapat projek bernilai RM313.71 bilion di Tumpat. 

Manakala pada carian di laman web www.idaworld.com.my dipaparkan gambaran projek syarikat berkenaan di Tumpat yang dikenali sebagai projek pembangunan bersepadu dan penjanaan ekonomi di Kelantan.

Lakaran gambar projek seperti di Dubai, Emeriah Arab Bersatu yang lengkap dengan segala kemudahan terkini.

Projek itu dikenali sebagai super mega Seri Tujuh dikatakan akan dibangun di kawasan seluas 144,000 ekar membabitkan kos RM313.71 bilion.

Tertera juga alamat syarikat berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, Badan PAS Negeri belum bercadang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa biar pun mengaitkan cek RM4 bilion dengan PAS Kelantan.

”Kita tidak kenal syarikat terbabit. Kita tengok dahulu perkembangannya sebelum mengambil tindakan lanjut bagi mengelakkan ada pihak mencemarkan nama PAS dan kerajaan negeri,” ujarnya.

RM4b 'gift' raises eyebrows

I'da World Group Sdn Bhd chief executive officer Abdul Rahim Abdul Wahab (second from right) presenting a mock cheque for RM4billion to Nik Din Nik Mat as a donation to Pas at a dinner function on Sunday. The company claimed that Nik Din was a representative of the Kelantan menteri besar.


Perbicaraan Kes Liwat Anwar Disambung 14-15 Okt 2010


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tarikh 14 dan 15 Oktober ini untuk menyambung semula perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambungan perbicaraan itu akan diteruskan dengan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor pakar bedah Hospital Kuala
Lumpur (HKL).

Pakar bedah tersebut, Dr Razali Ibrahim adalah saksi pendakwa kedua dan beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan tarikh 25 hingga 29 Okt, 22 hingga 26 Nov dan 6 hingga 10 Dis bagi meneruskan perbicaraan
seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes yang berlangsung pagi tadi.

Sebelum ini kes tersebut tertumpu kepada permohonan Anwar untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan
intim dengan pengadu, Mohd Saiful. Mahkamah Rayuan semalam bagaimanapun menolak permohonan tersebut.

Ekoran itu, pihak pembelaan juga hari ini akan memfailkan satu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

~ harakahdaily

Tok Guru Lawat Keluarga Sosilawati


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

tuan guruNik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga Sosilawati termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah."

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu bekas suami Sosilawati, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut.

~harakahdaily


Warning of Malware




pada kawan2 blogger... wa pun x tahu ni warning apa.
tapi pada wa.. lau da warning ni maknanya bahaya..

harap geng2 semua (yg mana terlibat la) dapat update blog masing2.. remove gengblogger link.
untuk penjelasan lanjut.. harap otai2 dpt meng eksplen nya.

Datuk Sosilawati Dibunuh, Rakan Ditemui tergantung





Rakan Sosilawati, Sarina



Selepas misteri kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 rakan dibongkar dan disahkan mati akibat jenayah terancang kejam oleh  suspek yang dikenali, kini rakan Datuk Sosilawati Lawiya pula ditemui mati tergantung di bilik rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah

Menurut anak sulung mangsa, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Samsung Galaxy Tab vs Apple iPad



Samsung Galaxy Tab yang diperkenalkan pada Pameran Elektronik dan Perkakasan Rumah edisi-50 di Berlin Jerman baru-baru ini adalah gadget terbaru di pasaran bagi menyaingi Apple iPad.

Di lengkapi paparan skrin sentuh pada saiz 178cm, peranti ini adalah lebih kecil berbanding Apple iPad. Galaxy Tab yang seberat 0.38kg didatangkan dengan sistem operasi Android 2.2 Froyo dan boleh dipertingkatkan kepada Android 3.0 Gingerbread.

Selain itu Galaxy Tab memudahkan penguna untuk merakam imej dan berbual melalui video apabila dilengkapi kamera di bahagian hadapan dan belakangnya.

Iklan Raya TV3 1Malaysia

Keindahan dalam kemeriahan.. slogan raya tv3 2010.
Niat yang murni tapi dicemari dek kerakusan nafsu sesetengah pelopor media.
Jati diri bangsa.. agama di ketepikan demi mencapai maksud tersirat.
Berinspirasi kan 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.
Kebebasan beragama bukan bermaksud merojak kan agama..
harap menjadi pengajaran buat semua..
sesungguhnya kebenaran pasti akan terbongkar...



Iklan Raya TV3 2010 - perayaan agama 1Malaysia???

Anak Bapak...Si Cilik Ardi

Si cilik Ardi sudah berhenti rokok

budak merokok

JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.

Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.

Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.

Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.

Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama...(anak bapak la katakan). 

- AFP

Download Lagu Raya Jamal


SALAM AIDILFITRI - JAMAL ABDILLAH


Download Lagu Raya - Jamal Abdilah - Salam Aidilfitri.mp3

Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunana dosa-dosa
Yang ku lakukan

(korus)
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Mrilah Bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tdak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kta hulur doa tulus suci
Agar roh mereka di cucuri
Oleh rahmat Nya....

Lagu Raya: Seloka Hari Raya

Lagu raya best ~ Seloka Di Hari Raya nyanyian Hail Amir Dan Uji Rashid

Indahnya sungguh di hari raya
ramai la orang bersuka ria..

Adik ku manis cantik bergaya
boleh kah abang ikut bersama..



Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya

download lagu raya: seloka hari raya - Hail Amir & Uji Rashid

Kelantan Saman Petronas


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan negeri Kelantan hari ini menyaman
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam usaha menuntut pembayaran
tunggakan royalti daripada syarikat pengeluar minyak dan gas negara.


Saman tersebut turut difailkan kerana Petronas didakwa melanggar
perjanjian selain menuntut agar syarikat berkenaan melaksanakan
perjanjian petroleum dengan negeri itu.


Writ saman itu difailkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang juga Mursyidul Am Pas melalui firma guaman, Tetuan Tommy
Thomas di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Dagang) di sini.


Kerajaan negeri selaku plaintif dalam saman tersebut yang menamakan
Petronas sebagai defendan, mendakwa telah menandatangani Perjanjian
Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri
Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi
dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.


Berdasarkan perjanjian, kerajaan negeri telah bersetuju memberikan
hak milik dan hak eksklusif mencari gali petroleum sama ada di pantai
atau luar pantai Kelantan kepada Petronas.


Untuk tujuan tersebut, defendan hendaklah membuat bayaran tunai dua
kali setahun kepada plaintif yang jumlahnya bersamaan lima peratus nilai
petroleum yang diperoleh dan dikumpul serta dijual oleh defendan.


Bagaimanapun menurut plaintif, Petronas secara salah dan melanggar
kewajipan di bawah perjanjian apabila gagal memberikan sebarang maklumat
mengenai aktiviti cari gali dan takat pengeluaran serta membuat bayaran
tunai berhubung petroleum yang didapati di luar pantai Kelantan.


Plaintif menyatakan, Menteri Besarnya dalam surat bertarikh 31 Disember tahun lalu telah meminta supaya pembayaran dibuat.


Namun syarikat cari gali itu dalam dua surat bertarikh 2 Februari dan
12 April lalu telah memaklumkan bahawa mereka tidak berhak terima
sebarang bayaran tunai.


Plaintif turut memohon agar semua tunggakan pembayaran perlu dibayar dalam tempoh sebulan berkuat kuasa dari perintah mahkamah.


Di samping itu, plaintif memohon mahkamah memerintahkan defendan
membayar tunggakan pembayaran tunai dalam tempoh sebulan, ganti rugi,
faedah serta kos.


e-referrer ~ external link