Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Aidil mohon cerai Rita Rudaini

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan



SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.
Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.
“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.
“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar

Ustazah hamil rayu suami pulang


SITI KHOLIJAH bersama Ainun Mardhiah (kanan) dan Adni Nawar melihat gambar Nasrul yang hilang sejak Disember tahun lalu di Kuala Nerang semalam

KUALA NERANG - Seorang ustazah bimbang dengan nasib suaminya yang tidak pulang selepas keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Alor Setar pada Disember lalu. Siti Kholijah Ramli, 31, memberitahu, kebiasaannya suaminya, Nasrul Mohd. Fadli Saat, 33, sampai di rumah kira-kira pukul 5 petang, namun pada 20 Disember tahun lalu dia tidak pulang. "Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sempat bersalam dengan saya dan anak-anak sebelum pergi bekerja dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 7.15 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan di sini semalam. Siti Kholijah mendirikan rumah tangga dengan Nasrul yang berasal dari Selayang, Selangor pada tahun 2005 dan mempunyai dua orang anak iaitu, Ainun Mardhiah, 6, dan Adni Nawar, 2.

e-referrer ~ external link