BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

PRK Kuala Besut: Elaun Mengundi


Pengundi beratur ambil duit di rumah ketua kampung
 
Pengundi telah dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di Kuala Besut hari ini, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.

NONEMalaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komen.

Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakiniberhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka  enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

NONEBagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, 'Rajees' menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka."

Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya.

Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan.

NONEBeliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan 
gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.

Keadaan yang sama juga dilihat di kediaman ketua kampung lain pada sekitar tengah hari, di mana Malaysiakini ternampak seorang kerani menyerahkan RM200 kepada pengundi manakala yang lain beratur menunggu giliran mereka.

NONEBagaimanapun, seorang penduduk kampung kemudiannya meminta 
wartawanMalaysiakini supaya beredar dari situ.

Malaysiakini tidak dapat memperolehi jawapan konkrit dari penerima wang tersebut sama ada penyokong parti politik tertentu sahaja yang menerima wang tersebut.

Menurut seorang daripada mereka - seorang pemuda dari Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi -  dia dihubungi melalui telefon sebelum hari mengundi dan di masukkan ke dalam senarai nama. Dia juga ditemui berhampiran rumah Rajee.


** syarat untuk dapat elaun (rasuah): Sokong Kerajaan BN

Kadar Zakat Fitrah 2013


Kadar Zakat Fitrah Negeri-Negeri 2013

Hukum Zakat Fitrah 
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.

3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus - iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal - iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh - iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah 
1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.

2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).

3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Good for Health


Fruits for life


MILK: The Prophet (s.a.w.) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, increases the brain, augments intelligence, renews vision and drives away forgetfulness.

🍯 HONEY: Considered to be the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm as meat preservative, hair conditioner, eye salve and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water and is also a Sunnah.

🍈 OLIVE OIL: Excellent treatment for skin and hair, delay old age, treats inflammation of the stomach.

🍄MUSHROOM: The Prophet (s.a.w.) said that mushroom is a good cure for the eyes; it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.

🍇GRAPES: The Prophet (s.a.w.) was very fond of grapes; it purifies the blood, provides vigor and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.

DATES: The Prophet (s.a.w.) said that a house without dates has no food, also to be eaten at the time of childbirth.

🌰FIGS: It is a fruit from paradise and a cure for piles.

BARLEY: Good for fever in a soup form.

🏮POMEGRANATE: The Prophet (s.a.w.) said it cleanse you of Shaytaan and evil aspirations for 40 days.

MELON: Melon contains 1000 blessings and 1000 mercies, The Prophet (s.a.w.) said, "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring who is good in countenances and good in character.

💧WATER: The Prophet (s.a.w.) said the best drink in this world and the next is Water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.

Praise and blessings be upon the beloved Prophet (s.a.w.) who provided us with such knowledge.
May this information be beneficial to all of us IN SHA ALLAH

Ramadhan: Zakat Fitrah


Maksud Zakat Fitrah
Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hukum Zakat Fitrah
Jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba. 
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:

1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”

2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”

3. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari kalangan umat Islam.”

4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.

5. Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan  hadis berikut:

أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.”

Waktu membayar zakat fitrah
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah SAW.:-

“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).”(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Kadarnya
Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.

~Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob

Kisah Bulan Puasa


Satu hari di bulan Ramadhan 
DJ: Ya Najib.. anda di talian. apa kah lagu permintaan anda?
Najib: Helo DJ, minta putarkan azan Maghrib, tak tahan benor dah rasanya ni.
          .... naik mengeletar badan.
DJ: %$%^@

DSAI: Berani Kerana Benar



Datuk Seri Anwar dalam sidang Parlimen Malaysia menegur dan mengajar MP dari BN agar tidak mengampu berlebihan dan berani untuk bertanggung jawab dalam setiap pertuduhan.

e-referrer ~ external link