Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Bonus Raya Untuk Kakitangan Kerajaan 2012


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. Menurut PM, bonus ini adalah bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi musim perayaan nanti.
Tapi bagaimana pula dengan golongan marhaen, masyarakat kampung? Apa yang kerajaan bagi?
Rasanya.. rakyat dapat kenaikan harga barang je la. 

Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan..???

Renung-renungkan.. selamat membuat keputusan yang bijak. Salam Ramadhan.

Paksa Rela: Ada Ku Kesahh...



Tiga artis popular sertai UMNO



AB. RAUF (tengah) menerima borang keahlian UMNO daripada Amy Search yang mewakili Mus May (kiri) dan Ibnor Riza (kanan) sambil diperhatikan oleh Jamal Abdillah di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Tiga artis popular tanah air, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Artis berkenaan menegaskan bahawa keputusan mereka menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri, bukannya dipaksa oleh pihak-pihak tertentu.
Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman berkata, beliau bersama Mus May dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu malah semua rakyat di negara ini.
"UMNO diibaratkan seperti sebiji buah kelapa, semakin tua semakin banyak santan, kerana itu UMNO sahaja yang dapat membela nasib rakyat.
"Saya masuk UMNO bukan kerana dibeli sebaliknya atas kerelaan saya sendiri," katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.
~ kosmo

Aidil mohon cerai Rita Rudaini

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan



SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.
Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.
“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.
“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar

Ustazah hamil rayu suami pulang


SITI KHOLIJAH bersama Ainun Mardhiah (kanan) dan Adni Nawar melihat gambar Nasrul yang hilang sejak Disember tahun lalu di Kuala Nerang semalam

KUALA NERANG - Seorang ustazah bimbang dengan nasib suaminya yang tidak pulang selepas keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Alor Setar pada Disember lalu. Siti Kholijah Ramli, 31, memberitahu, kebiasaannya suaminya, Nasrul Mohd. Fadli Saat, 33, sampai di rumah kira-kira pukul 5 petang, namun pada 20 Disember tahun lalu dia tidak pulang. "Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sempat bersalam dengan saya dan anak-anak sebelum pergi bekerja dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 7.15 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan di sini semalam. Siti Kholijah mendirikan rumah tangga dengan Nasrul yang berasal dari Selayang, Selangor pada tahun 2005 dan mempunyai dua orang anak iaitu, Ainun Mardhiah, 6, dan Adni Nawar, 2.

e-referrer ~ external link