BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan



Persaingan di zaman ini sangat sengit dan sangat cepat berubah. Peluang perniagaan datang dan pergi dengan pantas. Idea bisnes, jika tidak segera direalisasikan akan menjadi tidak berguna dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Apatah lagi yang berkaitan dengan dunia online. Idea yang dianggap baru, segar dan kreatif akan menjadi basi dalam jangka masa yang singkat.
Dalam menciptakan idea bisnes kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan “out of the box”. Hindari daripada membangunkan bisnes dengan bercerminkan kejayaan orang lain, melainkan anda membuat inovasi yang mampu menarik pelanggan dan unik. Jika anda menceburi bisnes yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang sengit. Daripada kita bersaing di ruang pasaran yang tepu dengan pesaing, lebih baik kita menciptakan sendiri ruang lain yang tiada pesaing, sehingga persaingan menjadi tidak relevan.
Jadi apa yang harus kita lakukan untuk sentiasa berfikir secara “out of the box”? Mungkin beberapa tips di bawah dapat membantu anda:
· Kaji Selidik
Pelajari mekanisma bisnes anda secara terperinci dari mula sampai akhir. Cari maklumat sebanyak mungkin, dari mana pun. Dengar cerita rakan-rakan anda yang sudah berjaya kerana anda dapat mempelajari bagaimana mencapai kejayaan daripada orang yang Anda percayai, seperti teman anda sendiri.
· Berfikir dari pelbagai sudut pandangan
Cuba cari idea bisnes baru daripada perspektif yang berbeza hasil daripada kajian anda di atas. Buat hipotesis idea bisnes dan ujilah ke atas beberapa senario bisnes. Jika dapat, lakukan ujian pasaran dalam jumlah yang kecil untuk mengetahui bagaimana respon pasaran terhadap produk anda.
· Bersedia menerima sesuatu yang baru
Lupakan segala pemikiran yang menjadi penghalang dan cuba hubungkan beberapa idea yang saling tidak berkaitan dan ciptakan inovasi baru.
· Berani gagal
Selalu sedia untuk mengambil jalan yang berbeza sama sekali daripada orang lain dan selalu bersedia menghadapi kesan/risiko. Yakinlah dengan keputusan anda. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi diri dan ikut langkah-langkahnya yang dapat menuju kejayaan, tetapi lebih baik lagi jika kita tidak mengikut idea bisnesnya. Cari idea lain yang berbeza daripada orang lain.

petikan: 4 tips untuk berfikir out of the box

Harga petrol / diesel bagi turun RM1.90 - RM1.95 seliter bulan depan

harga petrol
Ihsan MalaysiaKini


Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan membayangkan harga RON95 dan diesel akan diturunkan dalam lingkungan RM1.90 hingga RM1.95 seliter bermula bulan depan.
Deputy Finance Minister Ahmad Maslan says the price of RON95 and diesel is expected to range between RM1.90 to RM1.95 per litre beginning next month. 

Suspek kes remaja di rogol 38 lelaki didakwa

gambar hiasan aksi rogol


KOTA BHARU - Polis Kelantan menyifatkan siasatan polis terhadap kes remaja perempuan dirogol 38 lelaki dalam kejadian di Ketereh di sini pada 20 Mei lalu telah selesai, sekali gus menafikan 38 suspek terlibat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan mendapati hanya 21 suspek yang terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu yang dirogol di dua tempat berasingan di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan

3 termasuk ibu hamil dan bayi 9 bulan maut dalam kemalangan di Tanah Merah

Sedekahkan Al-Fatihah buat Mangsa.. aamiin.


TANAH MERAH: Tiga sekeluarga termasuk ibu yang hamil tujuh bulan, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 55 Jalan Kota Baharu-Jeli, Kampung Bechah Laut di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah ACP Mohd Fadzir Manap berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 5 petang itu ialah pemandu kereta jenis Proton Wira Yus Zairi Yusof, 29, isterinya Hafiza Abdul Halim, 30, dan anak lelaki mereka Zafri, sembilan bulan.

Yus Zairi dan anaknya maut di tempat kejadian manakala Hafiza yang sarat mengandung meninggal dunia di Hospital Tanah Merah di sini kira-kira pukul 9 malam, katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohd Fadzir berkata kejadian yang melibatkan tiga kenderaan itu berlaku apabila kereta yang dipandu Yus Zairi dari Machang ke Jeli, dikatakan gagal memotong kenderaan yang berada di hadapannya menyebabkan keretanya bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan.

Kereta mangsa kemudian dikatakan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di belakang kereta Proton Waja juga datang dari arah bertentangan, katanya.

Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan manakala pemandu kereta Proton Waja tidak mengalami kecederaan.

Mayat Yus Zairi dan anaknya turut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat. - BERNAMA

e-referrer ~ external link