Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , » Perbicaraan Kes Liwat Anwar Disambung 14-15 Okt 2010

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Disambung 14-15 Okt 2010


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tarikh 14 dan 15 Oktober ini untuk menyambung semula perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambungan perbicaraan itu akan diteruskan dengan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor pakar bedah Hospital Kuala
Lumpur (HKL).

Pakar bedah tersebut, Dr Razali Ibrahim adalah saksi pendakwa kedua dan beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan tarikh 25 hingga 29 Okt, 22 hingga 26 Nov dan 6 hingga 10 Dis bagi meneruskan perbicaraan
seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes yang berlangsung pagi tadi.

Sebelum ini kes tersebut tertumpu kepada permohonan Anwar untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan
intim dengan pengadu, Mohd Saiful. Mahkamah Rayuan semalam bagaimanapun menolak permohonan tersebut.

Ekoran itu, pihak pembelaan juga hari ini akan memfailkan satu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

~ harakahdaily

0 comments:

e-referrer ~ external link