Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » » Kelantan Saman Petronas

Kelantan Saman Petronas


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan negeri Kelantan hari ini menyaman
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam usaha menuntut pembayaran
tunggakan royalti daripada syarikat pengeluar minyak dan gas negara.


Saman tersebut turut difailkan kerana Petronas didakwa melanggar
perjanjian selain menuntut agar syarikat berkenaan melaksanakan
perjanjian petroleum dengan negeri itu.


Writ saman itu difailkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang juga Mursyidul Am Pas melalui firma guaman, Tetuan Tommy
Thomas di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Dagang) di sini.


Kerajaan negeri selaku plaintif dalam saman tersebut yang menamakan
Petronas sebagai defendan, mendakwa telah menandatangani Perjanjian
Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri
Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi
dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.


Berdasarkan perjanjian, kerajaan negeri telah bersetuju memberikan
hak milik dan hak eksklusif mencari gali petroleum sama ada di pantai
atau luar pantai Kelantan kepada Petronas.


Untuk tujuan tersebut, defendan hendaklah membuat bayaran tunai dua
kali setahun kepada plaintif yang jumlahnya bersamaan lima peratus nilai
petroleum yang diperoleh dan dikumpul serta dijual oleh defendan.


Bagaimanapun menurut plaintif, Petronas secara salah dan melanggar
kewajipan di bawah perjanjian apabila gagal memberikan sebarang maklumat
mengenai aktiviti cari gali dan takat pengeluaran serta membuat bayaran
tunai berhubung petroleum yang didapati di luar pantai Kelantan.


Plaintif menyatakan, Menteri Besarnya dalam surat bertarikh 31 Disember tahun lalu telah meminta supaya pembayaran dibuat.


Namun syarikat cari gali itu dalam dua surat bertarikh 2 Februari dan
12 April lalu telah memaklumkan bahawa mereka tidak berhak terima
sebarang bayaran tunai.


Plaintif turut memohon agar semua tunggakan pembayaran perlu dibayar dalam tempoh sebulan berkuat kuasa dari perintah mahkamah.


Di samping itu, plaintif memohon mahkamah memerintahkan defendan
membayar tunggakan pembayaran tunai dalam tempoh sebulan, ganti rugi,
faedah serta kos.


0 comments:

e-referrer ~ external link