Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , , » Khairul Fahmi Che Mat Dapat Hadiah Rumah Dari Kelantan

Khairul Fahmi Che Mat Dapat Hadiah Rumah Dari Kelantan

khairul fahmi
Tok Guru dan Khairul Fahmi

Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujar Tuan Guru sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.



Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

~ harakah daily, 3 Jan 2011

1 comments:

ummiross said...

i like Fahmi, i like Nik Aziz, they are very humble..

e-referrer ~ external link