Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » » Harga Minyak Masak Naik Lagi?

Harga Minyak Masak Naik Lagi?

Jaminan menteri harga minyak akan kekal tapi akhirnya??? 

Apa jaminan yang hak rakyat akan terus dipelihara kerajaan?

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.


"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.

Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Tan berkata kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang ini akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

- Bernama

3 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

dorang tak ckp naik pun, lambat laun naik gak..
dorang turunkan harga mende yg bodo2, tapi naikkan harge mende yg penting..

Botak said...

jawapan paling celaka daripada sorang menteri: "kami tidak menaikan harga, kami cuma selaraskan harganya sahaja"

p/s: biasa nyer kalau hal² camni, khabar angin memang boleh dipercayai..

mknace unlimited said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!
naikkan la lagi
kita kan yang paling murah lam donia nih

e-referrer ~ external link