Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , , » Datuk T dilindungi kerajaan BN bawah Akta Perlindungan Saksi

Datuk T dilindungi kerajaan BN bawah Akta Perlindungan Saksi

Makin pening sistem perundangan Malaysia. Apa saksi yang perlu dalam kes video seks anwar ni?? kalau betul pun anwar, bukan salah dia video ni di rakam. Dan yang kerajaan lupa.. salah ke di sisi undang-undang orang melakukan seks. Chua Soi Lek pun ada buat, tak salah pun. pelik..pelik..pelik. 


Ikuti komen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Najib:


KUALA LUMPUR: Trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa membabitkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010 sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, akta itu boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini kerana belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lalu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.- Bernama

0 comments:

e-referrer ~ external link