Peserta kursus perkahwinan pun tak solat
Saya ingin memberi pandangan soal isu kursus perkahwinan yang saya ikuti baru-baru ini, insya Allah tahun depan saya diijabkabulkan.
Ada ura-ura saya dengar kursus perkahwinan akan ditambah panjangkan lagi masa kursusnya. Adakah jika dipanjangkan masa serta ditambah dengan isu-isu gejala sosial termasuk isu buang bayi akan menginsafkan mereka? Ini yang saya masih tertanya-tanya.
Di waktu saya mengikuti kursus perkahwinan, peserta lelaki yang mengikuti kursus perkahwinan anggaran saya seramai 20 orang, tidak termasuk dengan peserta wanita.
Masih saya ingat semasa waktu rehat dalam jam 1.00 hingga 2.00 petang, bila waktu makan ramai yang turun menjamu selera hingga penuh meja yang ada. Tapi bila di waktu solat Zuhur hanya 3 peserta sahaja yang menunaikan solat Zuhur, yang lain-lain masih bersantai mengisap rokok. Sehingga jam 2.00 petang, mereka terus masuk ke dalam dewan tanpa menunaikan solat Zuhur.
Adakah perubahan akan berlaku dalam diri setiap peserta jika solat Zuhur sendiri tidak ditunaikan sama sekali? Adakah jika ditambah tajuk isu-isu semasa serta waktu yang akan ditambahkan dapat menyelesaikan masalah ini?
Apa yang ada dalam cadangan saya adalah, agar pihak pengajar harus mendidik peserta bukan sahaja di dalam dewan. Malah di waktu solat juga harus diwajibkan pengajar turut serta ada bersama peserta.
Alangkah indah bila pengajar begitu hebat bersyarah di dalam dewan serta menjadi imam kepada peserta yang hadir di waktu solat fardu.
~ Rizal - harakahdaily
8 comments:
memang pun...cuba tanya..hukum nikah aper?...
no
1.kursus kawin.
2.Islam.
3.ada laki dan pompuan..
4...
owh, egt kan kursus kawen tuh cam sume berjemaah. wat hal sendrik sendrik eyh?
tu laa..
tu xcampur lagi dtg sekali, balik sekali bonceng..
dtg kursus sbb syarat jer utk kawen..bukan dtg untuk belajar ke apa..
pendekatan lain perlu diterapkan..supaya yang bakal berkahwin tu jadi suami dan isteri yang soleh dan solehah...
macam susah kalau nak bezakan manusia zaman sekarang . ada yg oke part tu tp veru bad part laen . susah nak cri yg balance dunia akhirat . semoga diberikan yang terbaik oleh ALLAH .
xbestnyer kursus kawin camtu.. suke klu dipanjangkan, siap dgn solat berjemaah, qiamulail, solat hajat, doa2x n diserikan zikir2x yg menarik sambil ada urusetia yg monitor peserta setiap waktu. mesti semua insaf dan berdisiplin utk menjadi satu pasangan hidup. Jangan hanya utk mencukupkan syarat jer..
I love that idea. Awesome Post..
This is such a helpful reading material for me, I’ve learned a lot of new things. Thanks for the great post!
That is great to hear, thank you for reading!
Post a Comment