Bulan Ramadhan merupakan bulan yg mempunyai banyak kelebihannya.
~ Dari Abu Hurairah, Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila tibanya Ramadhan, di buka pintu-pntu syurga dan ditutup pintu neraka serta diikat segala syaitan. (hadis riwayat imam Bukhari)
~ Dari Abu Hurairah: Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan di ampunkan baginya dosanya yang lalu. (hadis riwayat imam Bukhari)
Oleh yang demikian, dalam mengerjakan ibadah puasa yang barakah perlulah mematuhi peraturan dan adat. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3.
Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau
yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha
sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama
silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa
yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?”
Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak
dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga
kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau
melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah
puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri
dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada
perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan
keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah
s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya
melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan
maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka
sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih
dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai',
sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia
bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang
lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan
kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5.
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya,
bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar
dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya
kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu
dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika
berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya
adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan
perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani
yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,
bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan
mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara
duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang
berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada
bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang
sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan
amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka
dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas
air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu
sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku
sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka
mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan
sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan
berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar
atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan
berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang
yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang
berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini.. Wasalam.
0 comments:
Post a Comment