Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum...

merewang2 di blog teman2.. terbaca lak nukilan yang rasanya patut kita bersama renungi untuk manafaat semua. Sesungguhnya dunia ini hanya lah sementara... akhirat jua tempat pengakhiran yang abadi.

nukilan Ummi Iman

Roh Di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan la bulan kita nak mengumpul sebanyak mana kebaikan dan pahala yang kita boleh untuk menampung lubang-lubang kosong dan menaikkan lagi taraf kita ni...sambil2 tunggu iman nak tido tadi aku check la email yang ada. ada satu email yang menarik untuk dikongsikan pada korang semua..

Pada bulan Ramadhan ni..segelintir daripada kita kumpul pahala n berbuat kebaikkan hanya untuk diri kita je...kita lupa pada mereka yang dah pergi..pergi ke alam barzakh..cerita ni untuk renungan kita bersama..untuk mengingatkan apa yang kita lupa..OK?

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

"Ya ALLAH limpahkan rahmat Mu pada ahli keluarga kami serta kaum muslimin yg teleh meninggal dan tempatkan lah mereka di kalangan orang2 soleh dan solehah...al fatihah untuk arwah ayah ku yang pergi pada tahun 2000.."

Kadar Zakat Fitrah 2010

Berikut adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2010/1431H untuk semua negeri di Malaysia yang ditentukan oleh pihak agama negeri masing-masing.


**kredit to myjazmanie.com

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  -Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  -Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  -Orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  -Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. WAKTU WAJIB
- Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
- Sebelum sembahyang sunat Hari Raya

3.WAKTU SUNAT
- Sepanjang bulan Ramadhan

4. WAKTU MAKRUH
- Selepas sembahyang sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. WAKTU HARAM
- Selepas terbenam matahari satu Syawal

Fadhilat.. Kelebihan Ramadhan

KELEBIHAN SERTA FADHILAT BULAN RAMADHAN 

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

  " Apabila datang bulan Ramdhan, terbukalah pintu-pintu rahmat (syurga)"

Hadith sahih Bukhari

3. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

4. Abu Hurairah r.a telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

6. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)



Kelebihan Bersahur...

Kelebihan bersahur sebagaimana disarankan oleh junjungan Rasulullah S.A.W


Nasi Goreng Pattaya.... Juadah Bersahur.




Hadith :
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Sebagai umat Islam kita disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Kursus Kahwin.. sekadar syarat???

~ tertarik dgn kisah peserta kursus kahwin yang tak solat. Yang menjadi persoalan, adakah yang menghadiri betul2 mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu agama atau sekadar mendapat 'lesen' untuk kahwin. moga pandangan saudara Rizal dalam harakahdaily menjadi renungan dan teladan buat kita...

Peserta kursus perkahwinan pun tak solat

Saya ingin memberi pandangan soal isu kursus perkahwinan yang saya ikuti baru-baru ini, insya Allah tahun depan saya diijabkabulkan.

Ada ura-ura saya dengar kursus perkahwinan akan ditambah panjangkan lagi masa kursusnya. Adakah jika dipanjangkan masa serta ditambah dengan isu-isu gejala sosial termasuk isu buang bayi akan menginsafkan mereka? Ini yang saya masih tertanya-tanya.

Di waktu saya mengikuti kursus perkahwinan, peserta lelaki yang mengikuti kursus perkahwinan anggaran saya seramai 20 orang, tidak termasuk dengan peserta wanita.

Masih saya ingat semasa waktu rehat dalam jam 1.00 hingga 2.00 petang, bila waktu makan ramai yang turun menjamu selera hingga penuh meja yang ada. Tapi bila di waktu solat Zuhur hanya 3 peserta sahaja yang menunaikan solat Zuhur, yang lain-lain masih bersantai mengisap rokok. Sehingga jam 2.00 petang, mereka terus masuk ke dalam dewan tanpa menunaikan solat Zuhur.

Adakah perubahan akan berlaku dalam diri setiap peserta jika solat Zuhur sendiri tidak ditunaikan sama sekali? Adakah jika ditambah tajuk isu-isu semasa serta waktu yang akan ditambahkan dapat menyelesaikan masalah ini?

Apa yang ada dalam cadangan saya adalah, agar pihak pengajar harus mendidik peserta bukan sahaja di dalam dewan. Malah di waktu solat juga harus diwajibkan pengajar turut serta ada bersama peserta.

Alangkah indah bila pengajar begitu hebat bersyarah di dalam dewan serta menjadi imam kepada peserta yang hadir di waktu solat fardu.

~ Rizal - harakahdaily


Fadhilat Ramadhan



Bulan Ramadhan merupakan bulan yg mempunyai banyak kelebihannya.

~ Dari Abu Hurairah, Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila tibanya Ramadhan, di buka pintu-pntu syurga dan ditutup pintu neraka serta diikat segala syaitan. (hadis riwayat imam Bukhari)

~ Dari Abu Hurairah: Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan di ampunkan baginya dosanya yang lalu. (hadis riwayat imam Bukhari)

Oleh yang demikian, dalam mengerjakan ibadah puasa yang barakah perlulah mematuhi peraturan dan adat. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3.
Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau
yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha
sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama
silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa
yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?”
Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak
dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga
kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau
melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah
puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri
dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada
perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan
keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah
s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya
melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan
maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka
sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih
dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai',
sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia
bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang
lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan
kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5.
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya,
bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar
dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya
kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu
dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika
berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya
adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan
perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani
yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,
bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan
mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara
duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang
berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada
bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang
sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan
amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka
dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas
air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu
sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku
sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka
mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan
sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan
berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar
atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan
berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang
yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang
berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini.. Wasalam.

Pesan Berpesan.. Tazkirah

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Qs.3 Ali Imran:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

e-referrer ~ external link