BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

Home » , » Apabila manusia menjadi BINATANG!!!

Apabila manusia menjadi BINATANG!!!

Mayat bayi berusia setahun penuh kesan lebam di tinggal di pondok bas.

sumber: harian metro

REMBAU: “Sayu hati saya apabila kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa ketika saya memeriksanya,” kata seorang pengawal keselamatan yang menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun di sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini, semalam.

SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.

Menceritakan kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Som Adlan, 62, berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, namun perjalanannya disekat sekumpulan pelajar sekolah yang dalam keadaan cemas dan mereka memaklumkan ada kanak-kanak ditinggalkan di kerusi di pondok menunggu bas.

“Saya terus ke pondok itu dan mendapati seorang kanak-kanak yang
lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala berada dalam keadaan
terbaring di atas kerusi. Selepas memeriksa, saya dapati dia sudah tidak
bernyawa. Saya kemudian memaklumkan kepada polis,” katanya ketika
ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
Mizan Md Dom berkata, sepasukan polis menerima maklumat kejadian itu
bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu didapati sudah meninggal
dunia tidak lama sebelum dia ditemui pelajar di pondok menunggu bas itu.

“Polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca
sebenar kematian.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh
dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

“Polis juga meminta kerjasama mana-mana klinik swasta yang memberi
rawatan kepada kanak-kanak berusia dalam lingkungan satu tahun yang
mempunyai kesan kecederaan sedemikian supaya menghubungi polis untuk
membantu siasatan,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta
menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Rembau di talian 06-6852222
atau 06-6851999.

2 comments:

hentakbelipat said...

ngucap panjang aku...ishh mende lah

zBz said...

hidup manusia skg da mcm hewan..

e-referrer ~ external link