BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

Home » , , , » Langgar sebelum rogol pelajar

Langgar sebelum rogol pelajar

Budak Sekolah Di Rogol


(Hiasan) Lambakan gambar seks budak sekolah di internet



TELUK INTAN - Sudahlah basikal yang ditunggangi sengaja dilanggar dari belakang, budak sekolah berusia 15 tahun dirogol sebelum ditinggalkan sendirian dalam kawasan kelapa sawit di sini.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang pelajar sekolah tingkatan tiga semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh selepas dirempuh suspek yang menaiki sebuah kereta.

"Akibat rempuhan itu, pelajar berkenaan mengalami kecederaan dan suspek kemudian berpura-pura mahu membantu membawanya ke hospital.

"Mangsa yang percaya dengan sikap baik yang ditunjukkan lelaki tersebut terus menaiki kereta suspek dan dia kemudian dirogol di kawasan semak tidak jauh dari lokasi perlanggaran," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

sumber: kosmo

7 comments:

Dark Half said...

semakin ramai manusia gila

apik pehe said...

giler seks tu..
xleh nak tahan nafsu..

nur anis said...

kenapalah x berperikemanusiaan betul lelaki tu..

diraja22 said...

bersama2 lah berwaspada..

daisy said...

sungguh keji orang itu

Jieda said...

salam..kurang ajar betul la orang tu

akuvision said...

lagi binatang dari binatang, dah la bulan pose la ni

e-referrer ~ external link