Banjir tahun ini lebih besar
KUALA LUMPUR - Penduduk di Pantai Timur serta mereka yang bercadang mengunjungi kawasan itu diingatkan tentang kemungkinan kejadian banjir lebih besar pada musim tengkujuh bermula akhir tahun ini berbanding tahun lalu.
Kajian Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dijangka menerima taburan hujan lebih tinggi mulai bulan depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan), Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail berkata, hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari pada musim peralihan Monsun Timur Laut dari November hingga Mac tahun depan.
"Dalam tempoh itu, negeri- negeri di Pantai Timur, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami sekurang-kurangnya lima siri hujan lebat.
"Ia boleh berterusan selama dua hingga tiga hari akibat monsun yang boleh menyebabkan berlakunya banjir," katanya ketika dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
1 comments:
sabah pon kena ker? alahai~ opcoz banyak flght delay kalo nak balik hujng thun neh~ oh tidak.. make a pray~ :(
Post a Comment