BonusRM100Anda

^^check this^^

^^check this^^

Another Story

Home » , , » Chinta dirogol kekasih

Chinta dirogol kekasih

Jom layan chinta slot akasia tv3..



Sebuah kisah perjalanan hidup gadis kampung yang menjadi mangsa kerakusan insan yang sepatutnya membimbingnya.
Disisih kasih dari bapanya kemudian dipergunakan oleh abangnya untuk kepentingan diri. Dikhianati oleh rakan serta kekasih yang akhirnya membuatnya hidup dalam dendam serta hanyut dalam kemaksiatan.
Kesudahannya... kena saksikan slot akasia tv3 - chinta.



Sinopsis Chinta - Akasia TV3
Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.



Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup menjualnya untuk dirogol oleh Pak Haji. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta yang akhirnya turut merogol kekasihnya, Chinta akibat hasutan Mustika.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

5 comments:

cikanna said...

salam kenal,cantik blog ni,
tq dah dtg blog saya

klik mango

Encik MT said...

keke! cam best citer nie...mari tengokkkK!

Sidratul Muntaha said...

singgah sini..

K I E R A said...

Laaa, fasha rupa nya
=,=

nur said...

harap cerita ni best la

ALL IN ONE

e-referrer ~ external link