KAsih Ibu
“Saya tak percaya! Semua itu penipuan!” tegas pelakon veteran terkenal, Azean Irdawaty berhubung tindakan polis mendedahkan peralatan makmal membuat syabu yang didakwa milik anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy.
Azean yang dihubungi Harian Metro semalam, berkata sebagai ibu dia lebih mengenali peribadi anaknya dan yakin Benjy tidak mungkin terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah, jauh sekali mengedar `najis' berkenaan.
Katanya, dia tidak pernah melihat sebarang perubahan sikap atau tingkah laku luar biasa yang boleh mengaitkan Benjy dengan kegiatan haram itu.
“Jika anak saya benar-benar terbabit aktiviti mengedar dadah pasti dia sudah kaya-raya dan hidup senang-lenang. Ini tidak, seminggu sebelum ditahan, Benjy pinjam RM50 daripada adiknya kerana kehabisan wang. Saya yakin Benjy tidak bersalah dan semua peralatan itu mungkin dimiliki orang lain. Besar kemungkinan Benjy dijadikan `kambing hitam.' Mungkin juga dia dipaksa mengaku memiliki peralatan itu,” katanya.
Azean menegaskan, walau apapun dilakukan polis, dia yakin anaknya tidak bersalah dan ia dilakukan individu tertentu yang berniat jahat atau rakannya sendiri untuk memburukkan imej anaknya.
Sumber: Hmetro
0 comments:
Post a Comment