Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » » Kes liwat: Peguam Anwar soal balas Saiful 10 Mei

Kes liwat: Peguam Anwar soal balas Saiful 10 Mei

TERKINI §

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Kes liwat melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung 10 Mei ini dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan akan disoal balas di Mahkamah Tinggi di sini oleh pihak pembelaan.


Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik diri.

Dalam prosiding pada 18 Feb, mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan sehingga menunggu selesainya rayuan Anwar berhubung keputusan Hakim Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri.

Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan. Hari ini, Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun, 14 Julai hingga 23 Julai dan 2 Ogos hingga 30 Ogos untuk menyambung semula perbicaraan. Anwar yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

sumber: themalasianinsider
related topic:Malaysians rally UK MPs support for Anwar

0 comments:

e-referrer ~ external link