Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Harga Minyak Petrol Naik Lagi!!

petrol naik

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2011


Harga minyak petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.


Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

“Ya, benar harga petrol RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

~ malaysianinsider

Khairul Fahmi Che Mat Dapat Hadiah Rumah Dari Kelantan

khairul fahmi
Tok Guru dan Khairul Fahmi

Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujar Tuan Guru sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.

Harga Minyak Masak Naik Lagi?

Jaminan menteri harga minyak akan kekal tapi akhirnya??? 

Apa jaminan yang hak rakyat akan terus dipelihara kerajaan?

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

1111... ♥♥♥... 1111

Salam tahun baru semua..

indahnya pagi 1 Januari.. 
alunan hujan renyai mendinginkan suasana..
sedingin diri ini.. tanpa dirimu di sisi.
ohh selimutku.. di mana kah dikau...
akan ku gagahi.. mencari mu.. menggapaimu..
agar diriku lena.. tenang melayari hari ku

Salam hari Sabtu.1hb Januari 2011
Moga hari ini 1-1-11, permulaan buat hari-hari gemilang yang mendatang.

cute jangnara
Ku merinduimu... ♥♥♥


~Selamat Tahun Baru 2011~

e-referrer ~ external link