Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , , » Kes Rasuah: Khir Toyo Ditahan SPRM

Kes Rasuah: Khir Toyo Ditahan SPRM

rumah banglo khir toyo
Banglo Khir Toyo?

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.
Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk ”Istana Khir” iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar Selangor yang termuda. – Bernama




Tuduhan Khir Toyo berhubung rasuah tanah, banglo
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.
Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

5 comments:

NARDtheNERD said...

besar nyaa banglo dia....
:))

Admin said...

nk lwan white house kew nei..hehe

HaFizaH aYu said...

pergh...mnangis ni lau tom cruise n kate nngok umh ni kalah umh diorg

Ummiross said...

tak dapek den nolong...

chegu abbas said...

mak ai banglo dia......hijrah2....la

"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog saya

e-referrer ~ external link