Google Image |
KLANG - Kalau bukan kerana gila seks dan mencabul seorang pekerja, rahsia seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor pasti tersimpan rapi.
Bayangkan, selama hampir tiga tahun 'berkhidmat' di tiga buah klinik di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dia yang tidak mempunyai kelayakan untuk bergelar doktor telah melaksanakan tugas menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali.
Suspek, 41, yang kononnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Perubatan (MBBS) dari Turki terus memperdaya majikannya dengan menggunakan gelaran Doktor Helmi Abdul Hamid.
Bagaimanapun, semua itu terbongkar apabila dia sebenarnya hanya memiliki Diploma Perubatan selain pernah bertugas sebagai pembantu perubatan tentera sejak 1988 di Melaka sebelum berhenti pada 2006.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan.
- mungkin ramai lagi mangsa yang telah dicabul doktor palsu ini tetapi tidak dilaporkan.
6 comments:
aduh bhaya,
ngeri nk p spital, huk3
tulun2~
haishhh. macam mana boleh jadi macam ni kan. tak kan dari awal dah di kaburi. huurmmm.
@MasyaAllah macamana boleh terlepas pandang ni, tugas doktor ni melibatkan nyawa,bukan boleh main2
klang??
OMG!!!!!!!!
9 kali?? fuhh... bhaya sungguhh...
dtg jenguk
Post a Comment