Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , » Keadaan Banjir di Perlis dan Kedah

Keadaan Banjir di Perlis dan Kedah


Perlis, Kedah hampir lumpuh.

gambar banjir


Gambar balaipolis yang turut di landa banjir di Kangar, Perlis.



ALOR SETAR - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sudah mengatasi
bencana yang sama pada 2005 apabila bilangan penduduk yang dipindahkan
di kedua-dua negeri melebihi 16,000 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan
jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 37,000 orang selain
melumpuhkan rangkaian sistem pengangkutan darat dan udara.



Sewaktu banjir besar pada 2005, hanya seramai 21,000 orang dipindahkan di kedua-dua negeri tersebut.

Angka korban juga bertambah empat orang lagi semalam, menjadikan enam
mangsa meninggal dunia akibat banjir setakat petang semalam.

Mangsa terbaru yang masih hilang ialah dua beradik berusia 13 tahun
dan lapan tahun di Kedah, seorang remaja yang terjatuh di Terusan Arau,
Kangar serta penemuan mayat budak perempuan berusia 12 tahun di Bachok,
Kelantan.

Di Kedah, semua penerbangan dibatalkan melainkan helikopter
apabila Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ditutup selepas
landasannya digenangi air sedalam satu meter.

Lapangan terbang itu yang mengendalikan tujuh penerbangan sehari pernah ditutup sewaktu banjir pada 2005.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Kedah berkata, seramai 25,088
penduduk dipindahkan ke 88 buah pusat penempatan sementara di Kubang
Pasu (40 buah), Padang Terap (35), Kota Setar (sembilan) dan Pokok Sena
(empat).

Sebanyak 24 batang jalan ditutup termasuk laluan di Kilometer 35.8,
Kilometer 34.8 dan Kilometer 32.6 (kedua-dua arah) antara Kepala Batas
dan Jitra di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan
perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Arau-Tunjang dibatalkan
untuk jadual perjalanan semalam dan hari ini.
sumber:Kosmo


0 comments:

e-referrer ~ external link