Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , , » Kes Ganja: Pelawak ditahan polis

Kes Ganja: Pelawak ditahan polis

saiful apek

Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.

Artis tersebut yang juga pengacara/pelawak ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon komedi tersebut.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis komedi itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut.

Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

sumber: Kosmo

0 comments:

e-referrer ~ external link