Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » » Sharnaaz Ahmad Bersara Dari Dunia Glamor

Sharnaaz Ahmad Bersara Dari Dunia Glamor


Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad


Petikan: Utusan
 
Pelakon Sharnaaz Ahmad kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hasrat meninggalkan dunia lakonan atau sebaliknya memandangkan masih banyak perkara yang perlu difikirkan.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, memang benar dia ada membuat kenyataan mahu bersara daripada industri perfileman dan jika diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia mengotakan perkara yang diucapkannya itu.
"Namun perkara seperti ini bukan main-main, sebelum memberi kata putus, banyak pihak perlu saya pertimbangkan antaranya ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pastinya peminat saya.
"Setelah cerita saya mahu berhenti diketahui umum, ramai individu yang kebanyakannya rakan dan mentor saya dalam industri meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap saya," katanya.
Menurut Sharnaaz, lebih merumitkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini dan dia tidak mahu memungkiri janji dibuat.
"Bercakap memang mudah namun untuk melakukannya itu satu perkara lain kerana saya masih ada beberapa kontrak yang belum selesai dan saya juga bukan jenis individu yang suka memungkiri janji yang dibuat.
"Selain daripada itu, saya juga masih mempunyai empat filem yang belum ditayangkan kepada umum selain kini sedang terlibat dengan penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta," jelasnya lanjut.
Antara filem lakonan Sharnaaz yang belum menemui penonton termasuklah Gila Baby, Dollah Superstar, Sindiket dan Darah Panas.

** Ada ke peminat yang menahan Sharnaaz pergi dari dunia lakonan? Atau sekadar gimik cari publisiti murahan? Takde kesan kot pada dunia drama dan perfileman Malaysia. :D


0 comments:

e-referrer ~ external link