Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Ping URL Blog / Web Anda ke 1651 site.


Automatically Submit Your URL to 1,651 Different Websites  

Free ping servis untuk menghantar URL anda ke lebih 1600 laman web hanya dengan 1klik. Dengan cara ini URL anda lebih terdedah pada capaian enjin pencarian.


http://www.pingmyurl.com/





Klik Disini untuk Hantar URL anda ke 1651 Web

Sharnaaz Ahmad Bersara Dari Dunia Glamor


Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad


Petikan: Utusan
 
Pelakon Sharnaaz Ahmad kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hasrat meninggalkan dunia lakonan atau sebaliknya memandangkan masih banyak perkara yang perlu difikirkan.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, memang benar dia ada membuat kenyataan mahu bersara daripada industri perfileman dan jika diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia mengotakan perkara yang diucapkannya itu.
"Namun perkara seperti ini bukan main-main, sebelum memberi kata putus, banyak pihak perlu saya pertimbangkan antaranya ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pastinya peminat saya.
"Setelah cerita saya mahu berhenti diketahui umum, ramai individu yang kebanyakannya rakan dan mentor saya dalam industri meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap saya," katanya.
Menurut Sharnaaz, lebih merumitkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini dan dia tidak mahu memungkiri janji dibuat.
"Bercakap memang mudah namun untuk melakukannya itu satu perkara lain kerana saya masih ada beberapa kontrak yang belum selesai dan saya juga bukan jenis individu yang suka memungkiri janji yang dibuat.
"Selain daripada itu, saya juga masih mempunyai empat filem yang belum ditayangkan kepada umum selain kini sedang terlibat dengan penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta," jelasnya lanjut.
Antara filem lakonan Sharnaaz yang belum menemui penonton termasuklah Gila Baby, Dollah Superstar, Sindiket dan Darah Panas.

** Ada ke peminat yang menahan Sharnaaz pergi dari dunia lakonan? Atau sekadar gimik cari publisiti murahan? Takde kesan kot pada dunia drama dan perfileman Malaysia. :D


TRW 2014: Senarai Pemain Bolasepak Kelantan 2014

TRW
TRW


Sebagaimana di umumkan pada 26 November 2013, berikut adalah senarai rasmi Pasukan Bolasepak Kelantan TRW 2014 :

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (GK)
24. Syazwan Yusoff (GK)
25. (Belum diputuskan)

Angkara CInta Janda




PASIR PUTEH – Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas terkena beberapa tikaman dari rusuk kiri sehingga ke kaki.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang baru selesai mengutip bakul kuih dan makanan di warung-warung di sekitar kampung tersebut telah pergi ke rumah kenalannya, Mohd. Zaihan Mohd. Zaid, 25, di Kampung Nara untuk berbual-bual seperti biasa.
Antara yang dijual mangsa ialah karipap, lompat tikam, laksa dan bihun goreng.
petikan Kosmo: Angkara Cinta Janda
 

Tazkirah Jumaat: Kelebihan Berselawat


Buat renungan bersama:

Ajaibnya Selawat.
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
 membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani



Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.



Wallahu a’lam.

petikan: tazkirah jumaat: 7 ajaibnya selawat. 

 

Shared: Kisah Sultan Brunei


Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia.

Sultan Brunei

Disebalik kehebatan itu, tahu ataupun tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata.


Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.

Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah.


Petikan: eksklusif: fakta yang wajib diketahui

Cara Mudah Dapat Wang


Easiest way to Earn Money

Join :RM35.00
Per Product: 25% profit

Produk kesihatan dan kecantikan untuk kegunaan harian anda atau dijual dengan keuntungan segera 25% serta bonus-bonus jualan dari syarikat.



KIsah Wanita Cantik





Subhanallah

Ketika melalui sebuah jalan di Kota Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa.
Al Atabi merasa ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu. "Siapa lelaki tersebut?"

" Dia suamiku "

"Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang menghairankan," Al Atabi meneruskan soalnya lagi.

"Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka dia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan bersyukur adalah termasuk penghuni syurga? Salahkah aku bersyukur kepada Allah atas kurnia ini?"

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu dengan rasa kekaguman. Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu kerana kecantikannya. Mereka kagum kerana agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia tidak sombong, dermawan, suka berinfaq dan menyokong perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia mempunyai kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Justeru itu dia menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia tidak membuat suaminya resah. Dia menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta. Wallahu a'lam

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com
*harakahdaily: kisah-wanita-cantik-yang-membuatkan-para-ulama-kagum 

Ambik kau... !


Bila MP lupa diri.. mengampu tak kira tempat. hahaha



KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan. 

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI  (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)  dan Bank Negara. 

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi.


petikan: harakahdaily

e-referrer ~ external link