Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , » PRU13: Tarikh Bubar Parlimen

PRU13: Tarikh Bubar Parlimen


Cepat pula berita-berita panas tersebar. Desas-desus mengatakan PM Najib akan membubarkan parlimen hari ini bagi memberi jalan kepada Pilihanraya ke 13 yang paling bersejarah dan mendebarkan bagi rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali "Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi. "Tiada pembubaran hari ini," tegasnya. Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian. Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu.
~Hmetro

0 comments:

e-referrer ~ external link