Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^

Manifesto PRU13 Pakatan Rakyat


Apa salahnya mencuba.. janji kebajikan rakyat diutamakan.


sumber:facebook.. menifesto pru13 pakatan rakyat

Manifesto BN.. elak negara bankrap



Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN

Harakahdaily,26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.

Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.

"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya.

Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.

Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.

"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.

"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.

"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.

BN Mengelabah Dgn Manifesto Rakyat


Sakit hati la pulak.....

Mukabuku: Boleh Caya ke..Asal Bukan BN.. ekonomi negara hancur. ?


Rozita Che Wan Kawin lagi



Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Foto
ZAIN dan Cik Ta bakal bergelar suami isteri.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Maruah Rakyat di Mata BN/Umno Najib 1Malaysia



Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan

Rossem,25 Feb 2013
Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”. Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

“Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia.
Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas “bodoh” bertulis Akur Janji.

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur”.

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu

Tarikh Najib Bubar Parlimen

Rakyat Malaysia tertanya-tanya, bilakah kemulat politik akan berakhir. Bila tarikh PM Najib akan membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU13 berjalan. PRU13 akan menjadi wadah bagi rakyat Malaysia menentukan siapa antara BN dan PKR yang layak memimpin atau setidaknya menyelamatkan Malaysia. Ikuti kupasan dari petikan Harakahdaily: 


Bubar Parlimen: Hari ini atau bila pun apa bezanya?

Aspan Alias,22 Feb 2013
Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya sama ada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah”. Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.

Bagi saya sama ada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang didakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang diminta oleh Najib di Kuching semalam.

Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan sama ada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.

Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau dibiarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.

Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.

Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negerinya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah ditolak oleh rakyat Selangor.

Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka diberi peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU  ini.

Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.

Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.

Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.

Tidak tahu lah kita sama ada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita sama ada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.

UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang dialami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.

Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.

Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apakah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis keseorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya diikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.

UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.

Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.

Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini. -

Kenaikan Kadar Insurans Kenderaan

Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.

Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari  lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif. 

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif. 

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.

Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

~harakahdaily

Gadis Bunuh Diri Di Time Square

Gadis Bunuh Diri di Berjaya Times Square

Wanita bunuh diri di Berjaya Times Square.

Pada pukul 11 pagi tadi, satu kejadian dikatakan kejadian bunuh diri terjadi di Berjaya Time Sqaure, Kuala Lumpur pada hari Valentine Day.

Difahamkan lagi, perempuan berusia 19 tahun tersebut telah patah hati selepas bergaduh dengan teman lelakinya yang dikatakan bertindak terjun dari dalam bangunan tersebut dari tingkat 6 bangunan terbabit.

Perempuan tersebut telah jatuh dihadapan Papa John, tingkat Ground floor bangunan tersebut. 

Budak Projek dengan Kakak Angkat

baru nak projek.. remaja yang ditahan berduan dalam hotel

Remaja 13 tahun main tidur  bersama kakak angkatnya seorang gadis 20an adalah antara yang ditangkap dalam operasi cegah maksiat sempena Velentine. ikuti laporan dari harian metro:

KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Kesedihan Shila Amzah.. ada hikmah Nya.

Patah Satu Seribu Menunggu.. 
Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz

Penyanyi Shila Amzah sedih dengan keputusan pelakon Sharnaaz yang membuat keputusan muktamad melupakan kisah cinta mereka berdua atas alasan sudah hilang hormat kepada bapanya, ND Lala.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu menerusi laman Twitternya, @Shilaamzah semalam.
"Sangat sedih sebenarnya apabila seseorang itu boleh berjalan di depan kamu dan berpura-pura menganggap kamu tidak pernah menjadi sebahagian besar daripada hidup mereka.
"Permulaan baharu, hidup baharu dan lagu baharu akan muncul. Alhamdulillah," jelasnya.
Namun, Shila pasrah dengan keputusan kekasihnya mahu memutuskan hubungan cinta.
"Walaupun kita tidak ditakdirkan bersama hingga akhirnya tetapi saya sangat bersyukur kamu telah menjadi sebahagian daripada hidup saya suatu masa dulu.
"Saya mendoakan yang terbaik buat kamu (Sharnaaz)," tulis juara Asian Wave 2012 itu.
Kelmarin, Sharnaaz dilaporkan membuat keputusan muktamad untuk melupakan percintaannya dengan Shila atas alasan sudah hilang hormat kepada ND Lala.
Kemelut cinta mereka dipercayai menjadi punca Shila menghilangkan diri selama seminggu sebelum ditemui di Kemaman, Terengganu pada minggu lalu.
Usaha untuk menghubungi keluarga Shila Amzah bagaimanapun gagal.
~ Kosmo


 

Psy, Najib dan BN Penang.



Psy: TV Singapura ada laporan jujur untuk Najib

Harakahdaily,13 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Ketika TV Malaysia menyiarkan kononnya rakyat menyokong Datuk Seri Najib apabila membawa penyanyi pop Korea, Psy, TV Singapura, Channel News Asia (CNA) melaporkan sebaliknya.

TV Singapura itu juga menyiarkan rakaman bagaimana Najib dimalukan dengan ungkapan 'No' kepada pertanyaan Najib, 'Are You ready for BN?'.
Ia dilihat dengan jelas melalui laporan itu apabila CNA menyiarkan perkara itu di dalam sarikata di bawahnya. Untuk "Are you ready for Psy? "yes" tetapi untuk "Are you ready for BN? tidak ada jawapan yang ditulis.

TV itu juga melaporkan Najib membelanjakan RM2 juta untuk membolehkan BN membawa hampir 60,000 ke padang Sekolah Han Jiang High School di Pulau Pinang itu.


Sehingga berita ini ditulis, sudah 16, 444 sudah berkongsi video ini.

"Ia sepatutnya menjadi janji 45 tahun lalu ketika BN berkuasa di negeri ini," kata salah seorang penonton yang dipetik oleh CNA itu ketika mengulas janji-janji Najib itu.

Najib dalam ucapan di majlis itu berjanji akan membuat monorel untuk mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang dan rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Seorang lagi penonton yang dipetik CNA berkata, "BN cuba membawa balik keyakinan pengundi."

Ketika ditanya, apakah Najib berjaya, penonton itu dengan penuh sindiran menjawab "Ya ya...mereka boleh membelanjakan sebanyak mungkin wang untuk orang Pulau Pinang."

Klik gambar di atas untuk menonton laporan CNA sepenuhnya.

Isu berkaitan:

Psy Gangnam-style-tak-logik-penaja-habiskan-rm2-juta-tapi-sorok-identiti/

tnb-kena-jelaskan-penglibatan-anak-najib-kaitan-samsung-mengenai-prai-power-plant/

Datuk Pa.. derhaka pada rakyat Kelantan



Datuk Pa derhaka kepada Sultan Kelantan

Harakahdaily,08 Feb 2013

KUALA LUMPUR: NGO tuntutan royalti Kelantan, 'R' menyifatkan kenyataan Datuk Mustapha Mohamad bahawa wilayah Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai satu kenyataan yang menderhaka kepada Tuanku Sultan Kelantan.

(Pertemuan antara Presiden NGO R, Nazri Deraman dengan Ku Li semalam)

Ini kerana, tindakan tersebut telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pada tahun 1948.

Dalam perjanjian itu jelas pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut.

Oleh itu, tindakan Datuk Mustapha yang mengecilkan wilayah jajahan Kelantan adalah menunjukkan beliau derhaka dan merupakan penghinaan kepada DYMM Sultan Kelantan yang mempunyai kekuasaan di darat dan di lautan mengikut undang undang tubuh negeri Kelantan sedia ada pada masa itu.

Demikian kata presiden R, Nazri Deraman dalam satu kenyataannya di sini.

Dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin mahasiswa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 5 Februari 2013, Datuk Mustapha Mohamed menyebut bahawa hak negeri hanya 3 batu nautika sahaja dari pantainya.

Dalam pertemuan dengan 'R' semalam, bekas Menteri Kewangan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Akta Wilayah Laut 2012 - berkaitan 3 batu nautika adalah tidak relevan untuk menyekat pemilikan hak royalti minyak dan gas kepada Kelantan.

Tindakan tersebut, katanya, telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pd tahun 1948, dimana pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut.


** ... demi kuasa dan wang, lupa perjuangan untuk hamba rakyat jelata.

Tidur Biar Bertempat


Atas longkang pun boleh tido ka...??


Petikan dari Hmetro:

BEAUFORT: Seorang lelaki yang tertidur di atas landasan kereta api maut digilis dalam kejadian di Jalan Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Kinara, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa dikenali sebagai Ali Jaffar, 49, mengalami kecederaan parah di badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Beaufort.

Sudah.. cukup-cukup sudah BN.. Mahathir

Kalau dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat 

Harakahdaily, 03 Feb 2013 

KUALA LUMPUR: Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. “Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus,” tulis Aspan Alias di dalam blognya. Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya. Berikut adalah tulisan penuh beliau. UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini.

Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini. Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima. Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. 

Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu. Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya. Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya Mukhriz. Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk berundur. 

Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar ‘baggage’ nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat. Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Memahami keadaan itu sekarang lah yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara. Lagi pun Mahathir sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika UMNO kalah. Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. 

Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya. Malahan rakyat sudah sedar jika mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong. Mereka sekarang ini sedar jika pemikiran rakyat dikongkong, orang melayu tidak mampu untuk maju kerana pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka. Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada ‘warlords’ yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata. Menolak UMNO itu merupakan satu tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja. 

UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja malahan UMNO sudah tidak disegani oleh banyak pihak kini. Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib. Cukup-cukuplah rakyat diperkudakan oleh pimpinan UMNO selama ini. Kalau tidak kesian kepada rakyat yang ramai, setidak-tidak kesian lah kepada diri kita sendiri.

e-referrer ~ external link