Wanita tua jatuh dalam lubang
BEIJING - Seorang wanita tua berumur 87 tahun, Wang Lu terjatuh ke dalam sebuah lubang besar semasa berjalan kaki bersama suaminya pada waktu pagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu berjalan selepas dia bersarapan pagi di Changchun di wilayah Jilin baru-baru ini.
"Saya cuba menarik baju isteri saya tetapi dia terus terjatuh ke dalam lubang itu," kata suaminya, Wang Jungcheng.
Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan dihubungi dan seorang kakitangan bomba turun ke dalam lubang sedalam tiga meter itu untuk membawa Lu keluar.
Wanita itu kemudian diperiksa oleh kakitangan perubatan yang mendapati dia sihat dan cuma mengalami calar pada tubuhnya.
Menurut beberapa penduduk, penutup lubang itu telah hilang tetapi pengganti penutup tersebut lebih kecil daripada yang asal.~ kosmo
0 comments:
Post a Comment