“Perumpamaan orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah adalah seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai. Di setiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakiNya.” -Surah Al-Baqarah: Ayat 261 (2:261)-
Showing posts with label pasangan bahagia. Show all posts
Showing posts with label pasangan bahagia. Show all posts
Maafkan aku.. takdir sedang menguji kita
Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya...
Takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat pasangan yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini? Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran... berkadar terus dengan kekuatan iman.
petikan dari:
Tragedi Cinta Isteri
Subscribe to:
Posts (Atom)
