“Perumpamaan orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah adalah seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai. Di setiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakiNya.” -Surah Al-Baqarah: Ayat 261 (2:261)-
Tazkirah Bersama UAI
petikan untuk di kongsi bersama:
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
Ini pula kata2 sahabat nabi berdebat dan mmberi perumpamaan. org kafir mengatakan dimana kah Allah? sedangkan kami (org2 kafir) nampak dan boleh menyentuh tuhan kami. sahabat pun bg perumpamaan.. "saudara tahukah dimana nye letak NYAWA saudara?.
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")
Suami Tertekan
| gambar hiasan.. |
Kisah Suami yang Tertekan:
ISTERI: Kenapa abg call?
SUAMI: Abg tertekan.
ISTERI: Abg ok x? Abg ada masalah apa? Cer citer la kat saya...
SUAMI: ..?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...
ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la.... saya kn isteri abg.. citer la..
SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...
ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...
SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke???
(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call hphone isterinya)
petikan: facebook
Saiful oh Saifool...
Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?
| Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).
Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.
Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.
"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
1.7billion untuk Sewa Bangunan kat Putrajaya ?
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.
Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.
Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.
Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.
Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.
Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.
"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)