Kepada peminjam-pemimjam tabung pendidikan, anda dinasihat membayar hutang-hutang anda pada tabung pendidikan berkaitan. Kepada yang liat untuk membayar sila berwaspada, kerana agensi-agensi berkaitan kini sedang mengesan anda terutama melalaui laman sosial facebook. Jangan terkejut jika pada 'wall posting' facebook anda tertera " sila jelaskan pinjaman pendidikan anda"..^.^
KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.
Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.
“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.
“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.
~ kosmo
“Perumpamaan orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah adalah seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai. Di setiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakiNya.” -Surah Al-Baqarah: Ayat 261 (2:261)-
rakam aksi cikgu
keindahan pantai
Subscribe to:
Posts (Atom)