Budak Sekolah Di Rogol
(Hiasan) Lambakan gambar seks budak sekolah di internet
TELUK INTAN - Sudahlah basikal yang ditunggangi sengaja dilanggar dari belakang, budak sekolah berusia 15 tahun dirogol sebelum ditinggalkan sendirian dalam kawasan kelapa sawit di sini.
Demikian nasib malang yang menimpa seorang pelajar sekolah tingkatan tiga semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh selepas dirempuh suspek yang menaiki sebuah kereta.
"Akibat rempuhan itu, pelajar berkenaan mengalami kecederaan dan suspek kemudian berpura-pura mahu membantu membawanya ke hospital.
"Mangsa yang percaya dengan sikap baik yang ditunjukkan lelaki tersebut terus menaiki kereta suspek dan dia kemudian dirogol di kawasan semak tidak jauh dari lokasi perlanggaran," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
sumber: kosmo