Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Showing posts with label khir toyo di tahan. Show all posts
Showing posts with label khir toyo di tahan. Show all posts

Kes Rasuah: Khir Toyo - 1% dari kes jerung

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.
salehudinKatanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.
Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.
"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.
"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.
"Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja.

Kes Rasuah: Khir Toyo Ditahan SPRM

rumah banglo khir toyo
Banglo Khir Toyo?

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.
Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk ”Istana Khir” iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar Selangor yang termuda. – Bernama


e-referrer ~ external link