Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Showing posts with label fadhilat ramadhan. Show all posts
Showing posts with label fadhilat ramadhan. Show all posts

Kadar Zakat Fitrah 2010

Berikut adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2010/1431H untuk semua negeri di Malaysia yang ditentukan oleh pihak agama negeri masing-masing.


**kredit to myjazmanie.com

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  -Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  -Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  -Orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  -Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. WAKTU WAJIB
- Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
- Sebelum sembahyang sunat Hari Raya

3.WAKTU SUNAT
- Sepanjang bulan Ramadhan

4. WAKTU MAKRUH
- Selepas sembahyang sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. WAKTU HARAM
- Selepas terbenam matahari satu Syawal

Fadhilat.. Kelebihan Ramadhan

KELEBIHAN SERTA FADHILAT BULAN RAMADHAN 

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

  " Apabila datang bulan Ramdhan, terbukalah pintu-pintu rahmat (syurga)"

Hadith sahih Bukhari

3. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

4. Abu Hurairah r.a telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

6. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)



e-referrer ~ external link