![]() |
| Ehsan Kosmo: iPhone 4 diamond rose edition |
Bila duit bukan lagi suatu halangan...
Kosmo hari ini melaporkan sepasang telefon bimbit pintar iPhone 4 Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.
Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.
Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta). Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit - agensi
