Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Showing posts with label current issue. Show all posts
Showing posts with label current issue. Show all posts

Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Perbicaraan tuntutan kerajaan Kelantan terhadap royanti minyak dan gas di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos 2010.


sumber dari facebook

Dinar Emas Kelantan..


Umum mengetahui, pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang paling selamat dan stabil. Namun kehadiran di pasaran, dinar emas dan dirham perak Kelantan menyebabkan timbul pelbagai persoalan yang kadang kala mengelirukan.

Betulkah dinar emas senang di palsukan? harga emas pula di katakan tidak stabil di pasaran antarabangsa. atau kenyataan Datuk Dr. Awang Adek Hussin, timbalan menteri kewangan Malaysia yang cuba mengelirukan rakyat...?

petikan dari kosmo:

Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga




DINAR emas (atas) dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan baru-baru ini.




BACHOK - Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham
perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan
bagi diniaga di pasaran terbuka.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan
Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan
kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank
Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.


"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu, nilai
harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya
selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan
Haji Hussin di Perupok di sini semalam.


Apabila manusia menjadi BINATANG!!!

Mayat bayi berusia setahun penuh kesan lebam di tinggal di pondok bas.

sumber: harian metro

REMBAU: “Sayu hati saya apabila kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa ketika saya memeriksanya,” kata seorang pengawal keselamatan yang menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun di sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini, semalam.

SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.

Menceritakan kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Som Adlan, 62, berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, namun perjalanannya disekat sekumpulan pelajar sekolah yang dalam keadaan cemas dan mereka memaklumkan ada kanak-kanak ditinggalkan di kerusi di pondok menunggu bas.

“Saya terus ke pondok itu dan mendapati seorang kanak-kanak yang
lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala berada dalam keadaan
terbaring di atas kerusi. Selepas memeriksa, saya dapati dia sudah tidak
bernyawa. Saya kemudian memaklumkan kepada polis,” katanya ketika
ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
Mizan Md Dom berkata, sepasukan polis menerima maklumat kejadian itu
bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu didapati sudah meninggal
dunia tidak lama sebelum dia ditemui pelajar di pondok menunggu bas itu.

“Polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca
sebenar kematian.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh
dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

“Polis juga meminta kerjasama mana-mana klinik swasta yang memberi
rawatan kepada kanak-kanak berusia dalam lingkungan satu tahun yang
mempunyai kesan kecederaan sedemikian supaya menghubungi polis untuk
membantu siasatan,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta
menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Rembau di talian 06-6852222
atau 06-6851999.

Pelik Tapi Benar

Ayam betina 'berlagak' seperti penguin


AYAM betina berjalan seperti penguin bersama ayam lain.


BEIJING - Seekor ayam betina milik seorang petani, Lu Xi berjalan seperti penguin di wilayah Jiangsu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayam itu tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang.

Gelagat pelik yang diberi nama jolokan Mumble oleh pihak media itu menyebabkan ia terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya.

Menurut Xi, ayam itu memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain - Agensi


Kenaikan Harga: Tidak Prihatin dan Tidak Bertanggungjawab


Harga Baru Petrol, Gas, Diesel dan Gula.


Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

 

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

 

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

 

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

 

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

 

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

 

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

 

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

 

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

 

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

 

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

 

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

 

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

 

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

 

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting.

 

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

 

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

 

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

16 Julai 2010

UFO Melawat Sabah

UFO Muncul Di Sabah


UFO terapung di pusat peranginan Sabah.


KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.
Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

“Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

“Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat

Thomas Cup 2010


Hafiz Hashim penyelamat maruah Malaysia dengan memberikan mata kemenangan penting dalam pertemuan suku akhir Thomas Cup 2010 dengan kemenangan 3-2 keatas Denmark.

Syabas Hafiz... Malaysia Boleh!!!

Saiful Paksa Rela Diliwat


Mohd Saiful Bukhari bertegas yang kejadian liwatnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku dalam keterpaksaan tanpa kerelaannya.

Pendirian itu di suarakan Saiful, 25 (mangsa rogol liwat) setelah di asak peguam Karpal Singh ketika sesi soal balas kes rogol liwat bersambung di Mahkamah Tinggi semalam,

Saksi itu yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar berkata,
kenyataan itu (liwat tanpa kerelaan) dibuatnya dalam pernyataan saksi
kepada pihak polis selepas laporan kejadian dibuat pada 28 Jun 2008.

Rita Rudaini, Aidil Zafuan didenda RM500


Rita Rudaini dan Aidli Safuan

Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain bolasepak kebangsaan didenda RM500 setelah mengaku bersalah berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008

sumber: Kosmo - Rita,Aidil Safuan didenda

Ugut Bunuh Tok Guru Nik Aziz

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman facebook itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

sumber: Ugut Bunuh Nik Aziz, Lelaki Ditahan polis

cerita lanjut: Ugut Bunuh Nik Aziz dalam Facebook

Symptoms of H1N1

The symptoms of H1N1 in people are similar to the symptoms of common seasonal flu. The common symptoms of H1N1 Flu include:

  • Fever – particularly a fever of over 100 degrees
  • Sore throat
  • Cough
  • Chills and fatigue
  • Body aches
  • Headache
  • Occasionally, vomiting and diarrhea

Persons who experience flu-like symptoms should immediately contact their physician, but, remember, Swine Flu is a highly contagious disease and people who believe they are infected with H1N1 should avoid going out in public unless absolutely necessary. So, call first.

Remaja/Pelajar mati di tembak Polis

" di waktu ini.. di mana kah anak anda berada..dengan siapa mereka berada? "

menurut laporan kes ini berlaku kira-kira jam 2 pagi di sekitar Seksyen 11, Shah Alam.  Remaja 15 tahun, mati di tembak polis selepas di dakwa cuba merempuh polis yang cuba memeriksa keretanya. Pelajar terbabit disyaki suspek kes samun dan senjata tajam di temui dalam keretanya. Aminulrashid meninggal selepas terkena sedas tembakan di kepalanya.

Namun kakaknya menafikan mangsa terlibat dalam jenayah dan percaya kejadian rempuhan ke arah polis adalah disebabkan perasaan panik. Menurutnya lagi, adiknya keluar dari rumah tanpa disedari kira2 jam 12 malam sebelum memandu kereta Iswara terbabit bersama rakan yang tidak dikenalinya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pada itu menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden polis menembak mati remaja bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian


kereta dipandu remaja yang mati ditembak polis di Shah Alam.


berita lanjut: remaja di tembak polis Polis tembak mati pelajar

Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

keputusan terkini


PKR - 23,272
BN - 24.997
Majoriti - 1,725

sumber: perisik-rakyat




"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontraktor-kontraktornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)






Kemaluan Terlampau

Tak tahan dengan ejekan, tekanan dan kebodohan kemaluan yang terlampau, seorang remeja lelaki (budak sekolah) nekad untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah.

Difahamkan, remaja tersebut yang berusia 14 tahun bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

Drama aksi terlampau budak sekolah memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.



SEORANG anggota bomba cuba memujuk remaja yang mahu terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan
sekolah di Kangar semalam.




sumber: kosmo

Kisah Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati Tuan Guru MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..




Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.. :D

petikan dari:
Sarapan Pagi Seorang Menteri Besar

pondan lacur remaja??

budak sekolah
~hiasan~


Perbuatan kejam seorang pondan yang bukan saja melacurkan seorang remaja perempuan lembam malah memukul dan memaksanya melakukan seks luar tabii sejak sebulan lalu terbongkar apabila dia diberkas di Taman Soga di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, siasatan mendapati, mangsa telah berkenalan dengan pondan itu ketika mereka bertemu di Dataran Penggaram di sini pada 3 Mac lalu.

Menurut beliau, suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sejak itu remaja lembam berkenaan dikurung selain dipaksa melayan nafsu pelanggan yang datang ke rumah suspek itu dengan bayaran RM100 bagi setiap pelanggan.

"Jika mangsa enggan melakukan seks termasuk seks luar tabii, dia akan dipukul oleh pondan itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.

sumber:KOsmo

**lembam - kurang cerdik, lembab (OKU)

Balasan seksa isteri sendiri ~ sayangi isteri anda

~ penjara enam tahun dan dua sebatan



Kekejaman seorang penganggur yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya pada 7 April lalu berakhir dengan lelaki itu menerima balasan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh Supian Hani Ismail, 47, hanya tunduk sambil mengangguk-angguk kepala sebaik Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atasnya selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Zarina Wahab, 43.

"Mahkamah memandang serius kesalahan tertuduh yang mendatangkan kecederaan parah kepada isterinya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri," kata Irwan.

Hakim itu memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam.

sumber:KOSMO

rokok 14 batang diharamkan



KUALA LUMPUR – Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya di kalangan remaja, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
petikan dari KOSMO


rokok 14 batang.. akan diharamkan dari pasaran? gawat ni!!!
apahal la kerajaan nak kecoh sangat pasal rokok ni.
banyak benda lagi yang boleh dia orang fikirkan.. selain masalah dari rokok.
banyak lagi masalah2 sosial yang x terjawab.. asyik2 rokok yang di beri perhatian.
masalah rempit.. sex luar nikah.. masalah sosial.. arak..judi.. dadah..pelacuran..
tu belum masuk masalah pencemaran alam.. pencemaran bunyi..pencemaran minda.

kalau betul la masalah rokok ni dah di tahap serius.. haramkan saje penjualannya di Malaysia.
habis cite.. x yah la nak buang masa.. sampai masuk persidangan Dewan Rakyat.
agenda pembangunan rakyat.. agenda negara.. agenda masyarakat.. soal keadilan..masalah rasuah..
dan mcm2 lagi.. bila nk bincang? 

Higher Productivity for better Civil Servants Salary



KUALA LUMPUR, April 4 (Bernama) -- Civil servants' salary can be adjusted upwards provided the 1.2 million government employees increased their productivity and supported government initiatives to transform Malaysia into a high-income economy, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Sunday.

He said that as long as productivity goes up, their wages would be adjusted in tandem with a stronger economy.

"Their wages will be adjusted as we go along. What is important is that (when the) economy gets stronger, government revenue gets stronger," he said when interviewed on "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri" programme aired over Bernama TV.

Najib, who is also Finance Minister, also stressed on the importance of implementing the Goods and Services Tax (GST) as one of the ways to boost government revenue.

"That is why GST is important. People want higher wages but not willing to support GST. I need the support of the 1.2 million government employees. If you want to be paid better in the future, I have to strengthen the government's revenue base because otherwise, where do I get the money to pay government servants?" he asked.

He said that by getting the support of all civil servants, it would enable the government to work out better deals for the people.

On how he planned to reconcile objectives of the New Economic Model (NEM) to attain a high-value economy and keeping costs low, Najib said that with the NEM in place, it could transform Malaysia into an innovative economy, driven by brains and talents.

On the call by the Malay right-wing group, Pertubuhan Pribumi Perkasa, that Bumiputeras should own 67 per cent of the country's economic wealth, the Prime Minister said the Bumiputeras are still not at the position where they should be and the way to do it is by rectifying past weaknesses.

"So what I'm trying to say is that look, let us not get too caught up with certain ways of looking at things, but let us look at ways that really create the sense of belonging, that we are together as one nation and one people, but affirmative action remains," he said.

On scepticism over open tenders and whether they were truly transparent, Najib said that through the new initiative, it would be transparent as the public would be able to see which company failed and which won the bid as well as the bidding prices offered by these companies.

"So, people can criticise the government if they think that the process is not a fair process," added Najib who marked his first year in office as Prime Minister on April 3.

-- BERNAMA

related story: Raise productivity for better wages, civil servants told - thestar
                  : Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat: Najib - BeritaHarian

Earth Hour: TNB Records Small Load Drop

KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) recorded only a small drop in demand during Earth Hour Saturday night, with a load reduction of 203 megawatt (MW), as compared to 550MW registerd during the same energy conservation campaign last year.

High power consumption during the current hot weather might have contributed to the lower reduction in energy consumption during this year's Earth Hour, it said in a statement Sunday.

It said, a new maximum demand of 14,890MW was recorded on March 25, beating the previous peak of 14,740MW on March 14, 2010.

TNB said it was in full support of Earth Hour which called for the switching off of non-essential lights and electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change.

-- BERNAMA

e-referrer ~ external link