Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Showing posts with label Video Seks Anwar. Show all posts
Showing posts with label Video Seks Anwar. Show all posts

Lagi-Lagi video seks anwar




Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.
"Toksahlah.. saya nak nasihat Umno, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung Umno ini kerjanya itu sahaja," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan PR, di sini, lewat petang ini.
Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"... Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau.
Lebih dua minggu lalu seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.
Ekoran tindakan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah menyaman pemblog berkenaan.
Ditanya sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks itu, Saifuddin berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.
"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

kredibiliti media tercalar: tv3, utusan media politik jahat kerajaan


kerakusan kuasa menjadikan insan hilang kewarasan. media seperti tv3, utusan dan pihak berkuasa yang sepatutnya menegakkan keadilan di gunakan untuk mencapai matlamat politik jahat yang memualkan. Akibatnya rakyat terus-terusan disogok dengan isu-isu maksiat yang memalukan umat melayu serta penganut agama Islam sendiri.Video seks Anwar terus di sogok kepada umum. Yang salah dilindungi dan media dimanupalasi bagi mencemar nama dan kredibiliti tokoh yang banyak mengbongkar kepincangan kerajaan 1Malaysia.

renung- renungkan dan fikirkan dengan akal yang waras.. Allah itu Maha Mengetahui dan kesudahan yang baik pastinya kepada mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

Datuk T dilindungi kerajaan BN bawah Akta Perlindungan Saksi

Makin pening sistem perundangan Malaysia. Apa saksi yang perlu dalam kes video seks anwar ni?? kalau betul pun anwar, bukan salah dia video ni di rakam. Dan yang kerajaan lupa.. salah ke di sisi undang-undang orang melakukan seks. Chua Soi Lek pun ada buat, tak salah pun. pelik..pelik..pelik. 


Ikuti komen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Najib:


KUALA LUMPUR: Trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa membabitkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010 sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, akta itu boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini kerana belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lalu, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.- Bernama

Umno Dan Dalang Video Seks Anwar Ibrahim

Rasanya semua dah tahu siapa dato T.. trio disebalik pededahan video seks Dato Seri Anwar Ibrahim.
ikuti perdedahan Dato Johari Abdul mengenai video terbabit..




sumber: malaysiakini.tv, anwaribrahimblog.com

Fitnah: Video Seks Anwar Ibrahim bersama Pelacur

Lelaki Dalam Video Seks Fitnah Bukan Saya - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.
Anwar  berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.
“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas  bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.
Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.
Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.
Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.
“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.
Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.
“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikia, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.
Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata: “Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan.”

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9471

related: Video fitnah paling jahat sedang ditunjuk kepada editor2 media Umno

e-referrer ~ external link