“Perumpamaan orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah adalah seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai. Di setiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakiNya.” -Surah Al-Baqarah: Ayat 261 (2:261)-
Showing posts with label Fitnah Anwar. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Anwar. Show all posts
Ganjaran fitnah seks Anwar
Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.
Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.
Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab
Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.
Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.
Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Datuk Mokhtar Sidin, Datuk Denis Ong and Dato’ Abdul Kadir Sulaiman.
Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Pegawai penyiasat, (Tan Sri) Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.
SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.
Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.
Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?
Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.
Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.
Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.
Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011
sumber: Keadilan
Fitnah: Video Seks Anwar Ibrahim bersama Pelacur
Lelaki Dalam Video Seks Fitnah Bukan Saya - Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.
Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.
“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.
Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.
Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.
Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.
“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.
Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.
“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikia, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.
Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata: “Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan.”
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9471
related: Video fitnah paling jahat sedang ditunjuk kepada editor2 media Umno

Subscribe to:
Posts (Atom)