Promosi Int3tree

^^check this^^

^^check this^^
Home » , » 3 termasuk ibu hamil dan bayi 9 bulan maut dalam kemalangan di Tanah Merah

3 termasuk ibu hamil dan bayi 9 bulan maut dalam kemalangan di Tanah Merah

Sedekahkan Al-Fatihah buat Mangsa.. aamiin.


TANAH MERAH: Tiga sekeluarga termasuk ibu yang hamil tujuh bulan, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 55 Jalan Kota Baharu-Jeli, Kampung Bechah Laut di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah ACP Mohd Fadzir Manap berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 5 petang itu ialah pemandu kereta jenis Proton Wira Yus Zairi Yusof, 29, isterinya Hafiza Abdul Halim, 30, dan anak lelaki mereka Zafri, sembilan bulan.

Yus Zairi dan anaknya maut di tempat kejadian manakala Hafiza yang sarat mengandung meninggal dunia di Hospital Tanah Merah di sini kira-kira pukul 9 malam, katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohd Fadzir berkata kejadian yang melibatkan tiga kenderaan itu berlaku apabila kereta yang dipandu Yus Zairi dari Machang ke Jeli, dikatakan gagal memotong kenderaan yang berada di hadapannya menyebabkan keretanya bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan.

Kereta mangsa kemudian dikatakan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di belakang kereta Proton Waja juga datang dari arah bertentangan, katanya.

Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan manakala pemandu kereta Proton Waja tidak mengalami kecederaan.

Mayat Yus Zairi dan anaknya turut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat. - BERNAMA

0 comments:

e-referrer ~ external link